Blog Maya Dot Com

Ganu Kiter : Terima kasih Kuala Terengganu

Dah bagitau kan yang masa kat KT kami sekeluarga stay dekat Kompleks Peranginan B**.
Alhamdulillah berbaloi-baloi bayarannya dengan resort 3 bilik yang luas lengkap segala peralatan.
Lokasi pun sangat strategik di tepi pantai.
Sempatlah jugak 2 kali kitorang jalan-jalan di tepian pantai.


: : Resort yang kami duduk : :


: : Pintu laluan ke laut : :

Sebelum pergi yer yer je lah Encik Z kata pantai kat sini tak boleh mandi.
Ombak kuat lah, air dalam lah, angin kencang la apa lah.
Tengok-tengok eh eh dia pulak over terjun masuk laut.
Dah dia gitu, Yaya apa lagi, join venture lah.

Gigih bangun pagi sebab nak tengok sunrise.
Tak kelihatan sangat.
Tapi seronok lah kami lepak-lepak tepi pantai.
Sebelum-sebelum ni kan, saya tak berapa sangat dengan pantai dan pulau ni tau.
Saya lagi suka tasik dengan tempat tinggi.
Tapi kat sini saya macam jatuh cinta pulak dengan pantainya.


: : Ruang tamu : :


: : Dari beranda depan terus nampak pantai dan laut : :


: : Kaftan saya 2 helai. Yaya punya sehelai : :


: : Labuh sikit tapi sokay je : :


: : Sedikit ole-ole bawak ke office. Rezeki dikongsi bersama konsepnya : :

So itulah dia kisah cuti-cuti saya ke Kuala Terengganu selama 3 hari 2 malam.
Ada rezeki boleh repeat lagi, tapi tapi tapi tapi takmau dah la drive.
Jauh dan letih kot! Huhu..

Thank you suami yang rajin melayan drive bawak kami jalan jauh.
Seronok rasa tengok Mama gembira dapat jalan-jalan.
Yaya, nanti kita plan lain pergi Pulau Perhentian k.

Terima kasih Allah SWT di atas perjalanan ini 🙂

Watamat….