Blog Maya Dot Com

Ganu Kiter : Taman Tamadun Islam

Destinasi pertama kita hari ni ialah Taman Tamadun Islam yang terkenal di Kuala Terengganu ini.
Tiket saya beli sekali pakej dengan River Cruise.
RM38 dewasa. RM25 kanak-kanak dan warga emas.

Yang River Cruise tu kena bagi nama dengan nombor handphone.
Nanti bila dah ada kapalnya depa akan call panggil.
Macam tak bersistematik lah pulak kan.

Masa beli tiket tu jugak kaunter akan bagi macam ala-ala paspot gitu.
Dalam tu ada info pasal masjid-masjid yang ada dalam Monument Park ni.
Dalam ni ada 22 monuments dari 21 buah negara.

Kalau malas jalan boleh sewa basikal atau naik tram dalam ni.
Tapi awas ya, semua kena bayar lain.
Tak ingat dah bayarannya sebab takde snap gambar.
Kami decide nak jalan je lah pepelan.

Tengok gambar je lah yer, takde nak dicaption sangat pun.
Gambar pun tak ikut susunan sebab tah tiba-tiba pulak wordpress ni problem.
Tak boleh upload gambar via phone. Tiba-tiba phone jadi blank.
Tapi bila masuk dashboard, eh ada pulak. Pfftt..


: : Minaret of Xian, China. Xian, salah satu tempat yang menjadi idaman saya jugak untuk dikunjungi.  Nak tengok Terra Cotta! : :


: : Mohammad Ali Mosque (Alabaster Mosque), Cairo, Egypt.  Saya dah pernah sampai Cairo tapi rasa tak pergi kot masjid ni : :


: : Suleyman Mosque, Turkey .  Turkey pun insyaAllah masuk dalam list. Bila nak sampai tu wallahualam : :


: : Kalyan Minaret, Bukhara, Uzbekistan . Anak aku dah kenapa posing camtu : :


: : The Great Mosque of Qairawan, Tunisia .  Feeling model anak aku ni : :


: : Agadez Grand Mosque, Niger. Kau tengok anak aku tuuuu *tepukdahi : :


: : Kul Sharif Mosque, Kazan City, Russia : :


: : Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque, Brunei . Ni kami tiga-tiga dah pernah sampai. Alhamdulillah 🙂 : :


: : Kudus Al-Manar Mosque,Central Java, Indonesia : :


: : Mama suruh Encik Z alihkan penyapu dengan penyodok kat depan tu ha. Sebab nampak buruk dalam gambar : :


: : Pattani Mosque, Thailand : :


: : Sultan Mosque, Singapore. Ni pun kami 3 dah pernah sampai : :


: : National Mosque, Malaysia : :


: : Sheikh Lutfallah Mosque, Iran : :


: : Mausoleum of Abu Nasr Parsa, Balkh, Afghanistan : :


: : The Prophet’s Mosque (Al-Nabawi), Medina, Saudi Arabia : :


: : The Dome of The Rock (Qubbah As-Sakhrah), Palestine : :


: : Taj Mahal,Agra, India. Kami 2 dah pernah sampai, alhamdulillah. Haishhh travelogue India bila nak update ni Normaya oi : :


: : Mommy doakan semoga 1 hari nanti Yaya dapat pergi dengan kawan-kawan atau suami ya : :


: : Belah bawah ada tayangan dokumentari tentang sejarah dan pembinaan Taj Mahal : :


: : Replika Batu Terapung/Tergantung di Al-Aqsa : :

Bila saya belek-belek gambar ada 4 masjid yang kami tak bergambar.
Masalahnya sebab penat dan panas sangat tu yang macam keletihan tu.
4 masjid tu ialah The Aleppo Citadel, Syria, Al-Hambra Citadel, Granada, Spain, Badshahi Mosque, Pakistan & Great Mosque of Samarra, Iraq.

Kalau ke Kuala Terengganu, wajib sangat datang ke Monument Park, Taman Tamadun Islam ni.