Blog Maya Dot Com

Ganu Kiter : Masjid Terapung, Restoran Lempeng & Nasi Dagang Kak Pah

Terus bergegas ke Masjid Tengku Tengah Zaharah atau juga dikenali sebagai Masjid terapung untuk solat dan melawat kawasan.
Kitorang park kereta kat belah belakang.


: : Terror Opah snap gambar ni. Kelihatan Mommy begitu kurus sekali, walaupun hakikat adalah sebaliknya: :


: : Kenapa tu buat muka tu : :

Lepas solat baru perasan yang laluan panjang nak ke masjid tu sebelah depan.
Terus lah jalan sebab nak bergambar kan.


: : Dah kenapa kau Normaya boleh tak perasan kasut sebelah lain? Hiks : :

Alang-alang dah lewat dan masing-masing dah lapar, so terus jelah pergi early dinner.
Kang dah balik resort nak siap keluar balik semua mesti memalas kan.
Kami dinner di Restoran Lempeng.
Hasil google, ramai yang suggest makan kat sini. So ayuhlah kita.


: : Air kelapa dan air tembikai. Sebelah kiri tu air tuak Encik Z punya : :


: : Ikan Celup Tepung Goreng & Ketupat Sotong. Dedua pun sedapp : :


: : Sotong Goreng Tepung : :


: : Encik Z lapar nak makan nasi dengan telur dadar : :


: : Nasi goreng kampung Mama order. Sedap sangat. Terus up lagi sepinggan untuk Yaya : :


: : Lempeng kelapa yang pun hoihh sedap : :

Kesimpulannya, semua food pun sedap belaka.
Kalau kata pergi Kuala Terengganu lagi, definitely akan repeat kedai ini.

Keesokan harinya kerahkan semua orang bangun awal sebab nak pergi breakfast.
Sampai 7.50 pagi, tengok haaa dah panjang q nya.
Nak breakfast kat Sudut Selera Kak Pah Nasi Dagang kat Pantai Batu Buruk.
Ni memang terfamous di dalam internet ni.

: : Nampak tak q panjang tuuuu : :

Dalam 1/2 jam gak la q nya baru sampai giliran.
Lepas tu tengok q ha bertambah-tambah panjang.


: : 4 jenis minuman panas : :


: : Snap view panorama sebab nak tunjuk q panjang belah kanan tu. Tiba-tiba Yaya datang, hah mendapatlah gambar camtu : :


: : Elok kami nak gerak nampak sign ni. Abis Doh Boh…. : :

Mama tak makan nasi dagang, so dia ambik Nasi Lemak.
Mama kata sambal nya sedap.
Kami 3 beranak ambik nasi dagang dengan ikan.
Taktau nak bagi komen sebab semua pun bukan pemakan nasi dagang, jadi tak dapat nak bagi pendapat perbezaan dengan nasi dagang lain.
Tapi ok la, sedap je. Cuma kalau kata gi KT lagi, rasanya tak repeat dah la kot.
Cukup sekali merasa.
Tapi nama pun tekak orang tak sama kan, cuba sendiri baru tahu 🙂

    2 thoughts on “Ganu Kiter : Masjid Terapung, Restoran Lempeng & Nasi Dagang Kak Pah

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif 
    more...