Blog Maya Dot Com

Ganu Kiter : Masjid Kristal & Warung PokNgoh

Singgah Masjid Kristal untuk solat.
Dekat je dari jeti naik cruise tadi, nak jalan kaki pun boleh.
Tapi motip lah pulak nak berjalan kan.

Lawalah Masjid Kristal ni. Suka tengok.
Cuma cuma cuma, tak berapa user friendly.
Tempat wuduk jauh kat luar dan lepas tu kena jalan laluan luar nak ke dalam masjid.
Dalam tempat wuduk tu pun lecak-lecak berair takde tempat proper nak pakai tudung balik.

Kira dah basah-basah muka, basah-basah kaki, terus kena pakai tudung dan stokin.
Tempat wuduk pulak kecik dan orang ramai, jadinya memang kurang selesa ah huhu.


: : Jerawat bertebaran. Memang favourite spot depa ni kat bahagian mulut dan dagu : :


: : Beli air : :

Meneruskan perjalanan ke Kampung Teliput sebab nak minum petang kat Warung Pok Nong.
Celup-celup tepung kat sini memang famous.
Saya baca dalam internet la hehe.

Ikutkan kata bukak pukul 3.30 petang.
Ni dah bangga habis la ni sampai pukul 3 petang.
Sekali tengok haaaa orang dah q panjanggg sob sob sob.
Teruslah join sekali beratur.


: : Ada sotong, ikan dan udang : :


: : Air layan diri. Nanti dia buat kita ambik je. Kalau nak ABC kena pegi sebelah kiri : :


: : Setelah lebih kurang sejam beratur, sampailah giliran kami : :


: : Ambik lah semua sikit-sikit : :


: : Jangan lupa ambik pinggan, tempat sos, penyepit dan gunting : :


: : Kena gunting sotong sendiri : :


: : Sos pencicah : :


: : Makin ramai orang q kat belakang tu ha : :


: : 2 ekor sotong tu RM16 saja. Hoihh murah. Nyesal tak ambik lebih. Total makan dalam RM40 tak silap : :

Memang sedaplah celup tepung kat sini.
Kalau kata turun KT lagi, insyaAllah boleh direpeat.
Tinggal lagi tahan ke tidak je la nak beratur lama tu.


: : Berdepan laut : :

OTW balik resort singgah jap kat Jubahsouq hehe.
JS KT ada sales tu yang saja nak cari Jubah Sumayyah.
Saya ada pergi yang kat Busana Mall tu tapi salesgirl kat situ adudududu sangatlah tak membantunya.
Sekali kat sini pun takde saiz jugak. Sob sob…


: : Masuk Ariani pulak sebab Mama nak cari tudung : :


: : Allah Peliharakanlah Terengganu. Amin : :