Blog Maya Dot Com

Ganu Kiter : Kedai Kopi Hai Peng & Kompleks Noor Arfa

Plan nak pergi Kuala Terengganu ni dah agak lama jugak sebenarnya.
Dan plan asal nak lajak ke Pulau Perhentian.
Tapi masa sembang-sembang dengan Mama tengok Mama macam berminat je nak ikut, so takpelah, postpone dulu pergi Pulau Perhentian tu.
Kita jalan-jalan kat Kuala Terengganu je dulu.
Gembirakan hati orang tua dulu lebih afdal, tak gitu?

Dan niat asal jugak nak stay 3 malam sebab saya memang ambik cuti lama.
Tapi dapat resort B** 2 malam je.
Memang la boleh je pindah hotel lain, tapi macam malas pulak huhu.
So takpelah, kita stay 2 malam je dulu.
Mana tau ada rezeki lain, boleh repeat lagi nanti.

: : Mama dengan yaya turun KL naik train, 25 Ogos. Train problem sampai lewat, pukul 2 pagi huhu. Saya dah tertidur masa tu. Encik Z je pegi jemput depa kat KL Sentral : :

Kitorang pergi Kuala Terengganu dari 26 – 28 Ogos 2017.
3 hari 2 malam.  Stay dekat Kompleks Peranginan B** kat Batu Buruk.

Esok paginya 26 Ogos 2017, gerak dari rumah pukul 9.30 pagi.
Terlewat 1 jam dari yang dirancang.


: : Stop breakfast dekat Genting Sempah : :

Selepas 3 jam perjalanan sampailah kami kat Kemaman.
Memang dah plan nak exit sini sebab nak lepak pekena kopi kat Kedai Kopi Hai Peng yang famous itu.


: : Menu memang tak banyak : :

Mama nak order nasi goreng kampung tapi katanya kena tunggu 1/2 jam gitu sebab nasi baru nak ditanak.
Huhu takde rezeki nak rasa.


: : Kuih pulak dah banyak habis : :


: : Depa pekena yang lite-lite saja : :


: : Kopi ais saya tu sedap. Roti pun kata depa sedap. So boleh la singgah lagi : :


: : Saya makan bihun sup. Sedap jugak : :

Masa kitorang sampai tu ada 1 table panjang ramai orang.
Macam ala-ala reunion ke, meeting ke camtu lah.
Settled makan nak bayar la kan, sekali staff tu kata dah ada orang bayarkan.
Dia bayarkan untuk semua yang ada dalam kedai.
Dia tunjuk kat sorang lelaki ni, dia duduk tengah-tengah dalam ramai-ramai tu.
Katanya orang UMNO, Dato kontraktor.
Macehhh Dato. Sesusah je. Kalau tau tadi dah makan banyak siap tapau dahh heheh.

#OOTD saya tu skirt macam biasa dah banyak kali pakai. Baju punjabi tu beli kat India, dah pernah pakai sekali kot sebelum ni.
Half instant shawl dari @cloverush

Meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu yang mengambil masa lagi 2 jam.
Macam rushing jugak lah nak ke Kompleks Noor Arfa sebab dah dekat pukul 5 masa ni.


: : Rasa-rasa Encik Z dah kena ada collection batik sehelai 2 dah ni. Umur pun dah nak masuk 40 kann : :


: : Ada bahagian demo mencanting batik tapi dah tutup sebab dah lewat huhu : :


: : Ni pun dah tutup : :


: : Sunyi sepi dah belakang tu : :

Takde rezeki nak tengok demo mencanting batik dan join program lain.
Nak buat macam mana kan.
Saya tak shopping apa pun dalam tu, sebab tak berkenan.
Harga pun boleh tahan mahal jugak.


: : Tudung seringgit : :


: : Try test dan beli sehelai 2 : :


: : Amboi Opah shopping yer : :


: : Sian husband kita. Letih drive eh bang? Soalan mintak pelempang namanya itu : :