Ganu Kiter : BTB, Roti Paung & Turtle Alley

Tak dapat bergambar di Turtle Alley sebab hujan, kami terus ke BTB Dynar Lekor nak cari keropok.
Ni pun tempat yang famous jugak dalam internet, tu yang gigih jugak mencari ha.


: : Q boleh tahan panjang : :


: : Saya beli sos keropok lekor comel ni : :


: : Beli bungkus untuk makan dalam kereta.  Tapi rasanya tak kena kat tekak saya lah  hmm.. : :

Misi diteruskan dengan mencari kedai menjual Roti Paung.
Yang ni macam tiba-tiba teringat gitu.
Terus waze dan dihantar ke kedai berhampiran.
So taktau adakah ini yang terbaik buatkuu juga terbaik buatmuuu..


: : First time saya makan Roti Paung ni. Dan saya suka. Sedap dimakan panas-panas : :

Tengok hujan dah teduh, terus pusing balik ke Turtle Alley tadi.
Basically ni macam satu lorong bangunan yang dicat/dilukis info tentang penyu.


: : Gambar ni disnap oleh seorang adik driver lori yang berada di dalam lori.  TQ adik lori : :

Ada kisah tentang seorang budak perempuan dan penyu kat sini.
Yang penting budak perempuan tu namanya Maya ok? #tiupkuku


: : Maya dan penyu : :

Bila terbaca tentang telur penyu, terus terasa bersalah.
Dah la tadi beli telur penyu kan.
Maafkan kakak wahai dak dak penyu.. sob sob…