Ganu Kiter : Aziz Satar

Dari Kuala Terengganu kami exit masuk Chukai sebab nak singgah makan kat Warung Aziz Satar.
Sebab ramai nau nau yang dok cerita pasal warung ni, tu yang nak jugak jugak nyinggah tu.


: : Yaya dan nasi buburnya. Jua ABC : :


: : Saya lapar jadi mari makan nasi : :


: : Pelbagai celup tepung jua ada di sini : :


: : Ambik ketam dan udang : :

Dan wajib-wajiblah kita mencuba satar & otak-otak.
Macam-macam jenis ada ha.



: : Kita cuba 3 jenis otak-otak : :


: : Yang ketam tu memang sebijik sekor ketam nya ha : :


: : Udang dan ikan. Tiga-tiga pun sedap dap dap dapppp : :


: : Sumbat jangan tak sumbat : :

Meneruskan perjalanan pulang ke KL.
Stop kejap masa Maghrib, Encik Z nak rest.
Saya try la drive tapi setengah jam je sebab semua orang cuak dan risau dengan pemanduan saya ehehhe.
Yerlah highway kita tak biasa, gelap gelita, hutan kiri kanan.
Dah la tak lama hujan turun renyai-renyai.
So Encik Z lah drive all the way sampai kat kat Seri Kembangan, rumah Kaklong.


: : Sampai rumah Kaklong baru lah nak makan telur penyu ni : :

Pelawa kat semua tapi semua pun geleng kepala takmau.
Rasa berair berlendir dan berpasir telur penyu ni kan.
Biji yang ke2 dah rasa macam loya.
Sokaylah, first and last cuba. Lepas ni insyaAllah takdah la kot.