Blog Maya Dot Com

Cuti-cuti Pulau

9 September Sabtu, saya ada program kat Lanai Kijang.
Program mempertahankan diri wanita yang kependekannya ialah Protek-Nita.
Ni nanti kalau rajin saya cerita lah kat blog yer.
Kalau takde tu, tak rajin la hehe.

Lepas habis program dalam pukul 2 petang camtu, lepak makan kat Lanai jap.
Tup-tup dapat message dari Kak As kata dia on the way.
Dapat la lepak kejap melepaskan rindu dan update gossip-gossip terkini di RSA hehe.


: : Kak As & Abang Nuar yang ceria sentiasa : :


: : Thank you Kak As sebab belanja : :

Dapat whatsapp dari Yaya.
Yaya, Mama dengan family Pak Njang sekeluarga pegi jalan-jalan ke Pulau Pangkor.
Seronok rasa tengok Mama happy.
Pulau Pangkor ni saya pernah pergi sekali je, tak silap tahun 2002 kot.
Masa tu ada program dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan.
Yer, saya pernah kerja gomen dulu. Hiks.


Tengah bertimbang tara nak plan cuti-cuti pulau jugak nanti 3 beranak.
Memang dah aim nak bawak Yaya pergi Pulau Perhentian.
Tapi tu lah dia, banyak nau perancangan dalam kepala.
Pepelan kayuh la kan…