Blog Maya Dot Com

#BangkitBersama #KitaJuara

29 Ogos 2017 saya cuti.
Konon nak buat macam-macam urusanlah.
Tapi bangun tidur pun dah lewat, keluar pun lewat.
So, 1 urusan je lah dapat selesai.

Pergi PNB sebab nak update nombor akaun/handphone.
Kan sekarang ASNB tu semua dah tak pakai buku dah.
Nombor akaun dah tukar kan, so kena update nombor handphone kat kaunter.

First time saya pergi bangunan HQ PNB ni.
Encik Z drop kan saya dengan Yaya.
Saya pun pergi lah kat kaunter depan tu nak ambik nombor.
Staf yang jaga kat kaunter tu lelaki, dalam 40an lah umurnya.

Saya cakap elok-elok la kata nak update nombor akaun/handphone tu.
Punyalah kasar/berlagak dia jawab “Tak payah update-update kat sini. Semua automatik je”
Dengan nada tinggi-tinggi suaranya.

“Oh ye ke. Tapi u all update kat mana yer?
So macam mana saya nak tau nombor akaun baru?”

“Sekarang ni u nak apa ni? U nak buat apa ni?”

“Hari tu staff u all datang B** kata suruh update……”

Tak sempat saya habiskan ayat, dia potong cakap saya dah, dan bagi nombor.

“Nah, hari ni boleh cek je”

Kebetulan ada 3 buku ASNB saya atas kaunter tu.
Satu saya punya, satu Yaya punya ASD. Satu lagi saya punya jugak, yang ASB 2020.

Ditunjal-tunjalnya buku ASB 2020 saya tu “Yang ni takde, yang ni takde”

Ya Allah kau kenapa mamat oi.
Simple dan straight forward je kot yang aku bagitau.
Kau tekan je bagi nombor tu tak boleh ke, biar aku deal sendiri kat kaunter sana.

Yaya masa tu dah nervous takut saya amukan kat situ.
Sebab normally kalau saya deal kat kaunter dengan orang macam ni, memang saya bagi je terus there and there.
Berlagak mamat ni, dengan kekwat, menyombong, dan bodoh pun yer sama.
Tapi taktau la hari tu mungkin hari sabar saya kot.
Saya still cakap elok-elok.

Saya ambik nombor dan tunggu giliran.
Kebetulan terpandang kat dinding pasal ASB 2020 tu.
Saya mati-mati ingat yang lelaki kekwat kat kaunter tu kata takde tu, kot la dah dihapuskan ke apa.
Rupanya urusan tak dapat dibuat sebab tengah kira dividen.
Kau dah kenapa eh? Gila? Sakit otak?
Soalan yang aku tanya kau tak jawab, tapi sibukkan buku aku yang kat kaunter, yang aku tak tanya pun kat kau.
Sick people!

Korang yang kerja kat front line, yang deal dengan orang ramai ni, kalau rasa tak suka jumpa orang, dan sejenis muka macam najis, pergi lah cakap kat boss korang tukar buat kerja filing ke, susun kotak ke, kira pensel ke.
Menyakitkan hati orang dan disumpah seranah je camni.

Sampai kat kaunter, terus saya bagitau kat kakak kaunter tu, saya nak tutup semua akaun ASB saya.
Seperti yang dijangka, kakak tu tanya kenapa.
Saya bagitau la pasal mamat kekwat gila kat kaunter nombor tu.
Kakak tu pun macam terperanjat.
Tapi saya insist, tutup akaun ASB!

ASB 2020 tu tak boleh tutup lagi sebab tengah kira dividen.
Kfine.
ASD Yaya tutup. Bawak la keluar duit yang tak seberapa tu.
ASB pulak Kakak tu pujuk suruh tutup Januari nanti.
Katanya sayang nanti dividen tu.
Sib baiklah Kakak tu baik sangat, so ok lah saya hold yang ASB tu.

Sekali lagi kalau saya jumpa mamat tu, dan dia masih kekwat tinggi-tinggi suara, siaplah kau.
Gambar takde sebab sentap tak kuasa nak snap.
Patut kalau dapat snap memang aku letak je kat sini.
Pfftt..

Settled kat PNB, terus gi makan kat Chilli’s KLCC.
Lama sangat dah rasanya tak makan kat sini.

Malam tu layan bola final kat TV.
Kecewa jugaklah kan kita kalah sebab gol sendiri.
What to do, takde rezeki.

Malam esoknya pulak kami 3 beranak keluar nak tengok Closing Ceremony Sukan SEA 2017 ni.
Saja lah nak bawak Yaya sebab dia tak pernah tengok program-program ceni kat stadium live.
Pergi naik LRT je dari Sentul Timur, terus je stop kat Bukit Jalil.
Senang.
Perjalanan dalam 45 minit jugak la.


: : Encik Z menyakat Yaya, Pemadam Api. Hehe : :


: : Kenapa saya macam perasan muda dan comel dalam gambar ni? #doneperasan : :

Yaya pakai selipar tu sebab kaki dia melecet pakai kasut Jelly Bunny nya.
Kasut sarung Crocs dia tu dah ketat.
Adoiii kejap nau pakainya. Sayang, molek lagi kasut Crocs tu tau.


: : Kami kena masuk kat Entrance D : :

: : Pengacara. Cheryl, Naz Rahman dan Pak Nil : :

Seronok lah meriah ramai-ramai kat stadium tu.
Menyanyi-nyanyi apa semua.
Closing ceremony tu sekejap je, penyerahan bendera pada tuan rumah akan datang, Filipina.
Lagi double seronok sebab kita juara keseluruhan kan.
So bila nyanyi lagu patriotik kenegeraan memang meremang ar bulu roma.
Harap jadi kenangan dan ingatan untuk Yaya bila dia besar nanti.

Kitorang stay sekejap konsert ambang merdeka tu.
Dalam 11.30 malam camtu kitorang gerak dah.
Takut lambat nanti makin ramai orang pulak.


: : Tapi walaupun 11 lebih tetaplah meramai lautan manusia ha : :

Saya cakap dengan Yaya, sekali je Mommy bawak Ya datang ni.
Lain tahun kalau ada acara macam ni lagi, silalah pergi sendiri dengan kawan-kawan.

Oh, saya teringat jugak kenangan tahun 1998 dulu. 
Umur 19 tahun. Praktikal kat Celcom.
Masa Sukan Komanwel. Saya datang Stadium Bukit Jalil ni jugak lah untuk acara pembukaannya.
Time tu meriah sangat sebab Malaysia jadi negara pertama Asia yang jadi tuan rumah untuk Sukan Komanwel ni.
Dan jugak merupakan Sukan Komanwel terakhir untuk abad ke 20.
Kenangan pergi dengan ex boyfriend, KHJ.
Yasmin, yang ni jangan contohi Mommy yer hehehe…

    2 thoughts on “#BangkitBersama #KitaJuara

    1. mar

      Staf PNB mmg sume mcm tu ke? kat tempat sy pun mcm tu, yg jaga kaunter. wpun dh lama, tapi still igt sampai skrg. dia mengejek2 nama mak sy dgn kaunter sebelah depan muka sy. Ya Allah tak reti hormat org ke mcm mana? mmg last pegi PNB. mcm sial (astaghfirullah :D)