Blog Maya Dot Com

AidilAdha 2017

Panjang cuti Hari Raya Haji kita tahun ni kan.
5 hari terus.
31 Ogos – Hari Kemerdekaan
1 September – Hari Raya Haji
2 September – Sabtu
3 September – Ahad
4 September – Cuti Peristiwa Sukan SEA

Nak nak pulak cuti sekolah ha.
Raya sakan la kan especially yang kampung kat Pantai Timur sana.
Boleh la balik kampung lama ye tak.
Selalunya kan cuti Raya Haji ni sehari je.

Raya Haji tahun ni saya kat KL saja.
Pertama kali lah beraya di rumah KSU ini.
Nothing much lah, nama pun raya haji kan.

Eh sehari sebelum tu family Kaklong datang.
Sebab depa turn balik Raub, so menyinggah lah kejap jumpa salam-salam raya.
Datang rumah Mommy, apa lagi, terjun kolam lah kan.

Lepak-lepak dengan Aisya dalam bilik layan Youtube.
Layan lagu Aisyah Projector Band, pastu Baby Shark dududuudu.
Pastu lagu I Am Me Dato Vida.
Layan seminit, paling muka tengok laaa tertidur dah dia.
Siapa tak boleh tidur lepas ni boleh try layan video clip I Am Me.
Mungkin lebih cepat boleh lena hehe.

Hidangan raya pun simple-simple saja mana yang ada.
Lemang, rendang ayam dan rendang daging tu Mama beli kat area rumah Kaklong.
Nasi himpit saya rebus.
Kuah lodeh tu campak-campak mana bahan yang ada kat rumah.

Mandi, siap, wangi-wangi dan pakai baju baru.
Baju Melayu Encik Z macam biasa, recycle saja.
Baju saya dan Yaya dari New Delhi, India sana.
Tudung bawal Yasmine by Naelofar.
Lepas bersalam-salaman kita bergambar je lah seadanya buat syarat ada gambar keluarga di hari raya.

: : Walaupun Aidil Adha, tetap kena bersalam-salaman dan bagi duit raya ya : :


: : Ni dah kenapa salam macam Barrack Obama : :


Lepas Zohor camtu saya dengan Yaya keluar berdua pergi Sunway Putra Mall.
Mama nak rest je kat rumah.
Encik Z keluar jumpa saudara maranya.

Sebelum movie start, lepak makan lite-lite kejap kat Boat Noodle.
Staff Bangla kat Boat Noodle tu bersoal siasat dengan saya tanya kenapa orang Malaysia tak beraya.
Katanya kat Bangladesh sana meriah orang sembelih lembu ramai-ramai.
Lepas tu agih-agihkan daging sesama diorang.

Saya kata ada je orang sembelih lembut tu semua.
Tapi aterr dah tengah hari, lama nau pulak nak lepak lepas sembelih lembu kan.
Lagipun ni kan kat KL. Gitu penerangan, angguk-angguk kepala dia.


: : Kitorang nonton Bad Genius : :

Best ah cerita ni. Cerita Thailand.
Cerita pasal budak pandai yang buat duit dengan cara bagi jawapan pada students lain.
Berdebar-debar nervous fuhhh.
Terlebih kreatif dan genius nau nau.


: : Habis movie gi cari barang dapur jap : :


: : Yaya dan Samyang Ramen nya : :


: : Saya rasa sikit je. Boleh  makan tapi tak berapa minat : :


: : Peminat seaweed macam Mommy : :


: : Dinner malam tu. Balance sayur lodeh, goreng sayur campur, sambal belacan, kari ayam dengan rendang daging mak mertua I bagi. Makan nasi jugak yang puas kan hehe : :

Panjang umur, insya Allah kita jumpa lagi Aidil Adha tahun 2018 ya?