Blog Maya Dot Com

Selamat Bersara Kak As

Hari yang ditakuti tiba jua.
Hari terakhir Kak As bertugasan di B**.
21 Julai 2017.

""/Oleh sebab dah tak boleh buat makan-makan kat department lagi, jadinya kami settle dengan sandwich home made dan beli goreng pisang sikit dari cafe.
Macam biasa Azman bancuh air.
Sekalian sambutan 2nd quarter birthday, saya order kek dari @pavlovakekkuzi .
Untuk Kak As, seketul pavlova dan belon happy birthday.

Kami deko simple-simple je.
Pukul 4 petang camtu start lah majlisnya.
Sebab nak bagi ngam-ngam habis sebelum staf fleksi pukul 5 petang balik.

"
""""
: : Penyampaian Memory Jar : :

"
: : Penyampaian group photo : :

"
: : Keesokan hari tu birthday Kak As yang ke 55 tahun : :

Group photo terakhir bersama Kak As.
Sob sob sob…

""Tengah dok sibuk nak bergambar setiba-tiba frame gambar tu melorot jatuh.
Lalu melanggar kek pavlova Kak As ni haa.

"/"
: : Tragedi sungguh. Walau begitu sokay masih boleh di makan kek ni sebab ia jatuh terletak, bukan terbalik. Tapi still la sedih jugak kan. What to do benda nak jadi : :

""
: : Memory Jar yang saya buat. Tapi terkopek dah pulak tulisan Memory tu. Semua staf tulis note untuk Kak As dan letak dalam ni : :

"
: : Warga RSA setakat 21 Julai 2017 : :

"
: : Khairy & Kak Gee. Ex RSA : :

"
: : Kak Aida, Exec yang jaga RSA. Secara tak langsung boss saya jugak la. Boss kecik hehe : :

"/
: : Husband kita pun ada nak say bye bye : :

5.30 petang.
Selepas 7 tahun di RSA.
Selepas 28 tahun di B**.
Kak As melangkah kaki meninggalkan B**.

"""
"
: : Lambaian terakhir dari seorang boss kepada assistantnya. So sad…. : :

"
: :  Berakhirlah juga tempoh bersenang lenang tumpang parking Kak As selama 7 tahun ini. Bye parking. Terima kasih di atas jasamu selama ini : :

"
: : Ingat dUCk, ingat saya ya Kak As? : :

Terima kasih di atas persahabatan yang indah selama 10 tahun ini.
Terima kasih di atas kenangan suka duka selama 7 tahun di RSA.
Terima kasih kerana menjadi seorang ibu, kakak, boss dan sahabat yang baik.
Maafkan salah silap saya, halalkan makan minum saya.

Selamat Bersara Kak As.
Semoga dipermudahkan segala urusan Kak As dan keluarga, insyaAllah.

Goodbye my friend
I know your going searching although I can still feel ya here
It’s not the end

You gotta keep it strong before the pain turns into fears
So glad we made it, time will never change it no no no