Blog Maya Dot Com

Pattaya, Thailand : The Sanctuary of Truth

Good Morning Pattaya!


: : Kita mulakan hari ini dengan breakfast kenyang-kenyang. First time tengok waktu breakfast sampai pukul 12 tengah hari : :


: : Tempatnya luas. Makanan agak limited. Lebih limited lagi untuk kita yang beragama Islam ini : :


: : Salad, buah dan telur dadar : :


: : Roti bakar ni saya seludup keluar : :

Untuk pergerakan kami selama 2 hari full kat Pattaya ni, kami sewa kenderaan berserta dengan pemandunya sekali.
Bayaran THB3000 dari 9 pagi sampai 5 petang.
Ntah lah ok ke tak.
Tapi kalau tak sewa, dah cemana pulak kami nak gerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain kan.
Driver bernama Mr Nat.


: : Inilah kenderaannya : :

Destinasi pertama kami hari ini ialah The Sanctuary of Truth.
Saya tau pasal tempat ni hasil pembacaan kat blog Meng.
Tengok gambar je macam dah lawanya! Kena pergi nih.

Basically tempat ni ialah bangunan/kawasan keagamaan yang dipenuhi dengan ukiran dan patung bermotifkan Hindu dan Buddha.
Info lanjut boleh baca kat website k?
Tujuan utama saya pergi sini sebab nak tengok sendiri ukiran keaslian keseniannya di depan mata.


: : Tiket Masy beli online. Ni kena redeem kau office depa. Harga masuk THB450 untuk 2 orang. Lepas convert jadi RM28 seorang : :


: : Kena lekat sticker di baju ya : :


: : Kena menapak masuk dalam. Sokay tak la jauh sangat cumanya panas berdenting oiii : :

Tudung bawal Naelofar saya tu yang saya pakai datang semalamnya.
Pakai pulak pergi tengok show kabaret.
Ni sambung lagi pakai haaa. Cuma style je bertukar.
Semua gara-gara nak jimatkan baju dalam luggage la ni.


: : Masy kata saya jalan laju hehe : :

Nampak dari kejauhan je saya dah terkesima rama.
Cantiknya!!!!
Macam lukisan!
Lalu bergambar lah sampai lebam.


: : Aktviti-aktiviti yang boleh dilakukan di sini : :

Hasil pembacaan, katanya bangunan ni dibuat tanpa menggunakan paku.
Mereka menggunakan teknik seperti di bawah.


: : Gerbang turun ke bawah : :


: :  Menuruni tangga : :


: : Sebab ada kerja-kerja membaikpulih dan penambahbaikan, kena pakai helmet untuk keselamatan diri : :

Dah sampai dekat lagi la terkesima rama-rama.
Unik dan halussss ukirannya  ha.


: : Feeling arkitek melawat site ke cemana ni : :


: : Gambar ini disnap oleh mat salleh muda yang kacak : :

Mula-mula ingatkan tak boleh masuk belah dalam, rupanya boleh je.
Ye la sebab tengah baikpulih segala kan. Kot la tak boleh masuk.


: : OK selesai pusing belah dalam : :

Petikan ukiran tulisan yang terdapat di sini “Although born under different circumstances, if conduct good deeds and live goods lives, man can be released from the cycle of karma”

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif 
    more...