Blog Maya Dot Com

Pattaya, Thailand : Sekitar Hotel

Balik bilik tengok ada towel bentuk angsa pulak.
Olololo omey omey angat nih.

Mandi, solat rehat apa semua sambil bincang-bincang nak buat apa sat g.
Lepas bincang gitu gini so ok lah, nak jalan-jalan sekitar hotel je.
Ikutkan dalam itinerary nak pergi Walking Street.
Situ tempat happening la ada pasar malam la apa semua.
Tapi setiba-tiba kitorang macam malas sebab kat sini takde tuk tuk yang motosikal tu.
Takut pulak nak naik yang jenis mini van tu.


: : Flipper Hotel ni ok lah, takde komplen sangat. Cuma cuma cuma tetaplah takde iron. Saya ok je. Si Masy tu la. Tak belajar dari pengalaman. Mendapatlah pakai tudung ronyok hehe : :


: : Ada jual jualan di tepi jalan : :


: : Macam-macam kedai lah ada di lorong ini : :


: : Amboi : :

Berbekalkan pesanan dan direction dari kakak yang jual pancake semalam tu, kami pun cubalah mencari gerai halal yang diberitahu.
Hampir jugak give up sebab dah jalan ke depan tapi tak jumpa-jumpa.
Tapi saya tak putus harap dan terus bagi semangat pada Masy.
Dan akhirnya, tadaaaa, jumpa!


: : Inilah gerainya : :


: : Ada nasi putih dan lauk pauk. Tak banyak sangat pilihan, tapi sokayy. Janji kenyang sudah : :


: : Satu-satunya gerai halal di sini. Nak bagi direction kat korang hmm macam complicated je. Pandai-pandai korang lahh. Total makan kami berdua THB120. Boleh tahan mahal gak eh : :

Walaupun dah awaskan Masy, yang saya taknak buat aktiviti pantai pulau segala ni, tapi dah alang-alang sampai di Pattaya, jom je lah jalan-jalan kat tepi pantai.
Buat syarat kata orang.
Nampak la signboard Pattaya nunnnnnnnnnnnnn jauh di seberang sana.

Korang jangan nak tegur-tegur tudung saya tu eh.
Memang asyik la melorot ke depan sesaja.
Masy kata ‘Akak kena beli jaring yang macam orang nak pakai wig tu’
Tambah lagi sebab rambut saya pendek, so nak ikat tak boleh.
Lagi menjadi-jadi la melorot dengan rambut terkeluar-keluar.
Haishhh. Ni jenama Bokitta ok!? #takdekenamengena


: : Dari pantai ke hotel kitorang tu dekat je. Lalu celah lorong ni ha : :

Seterusnya kami ke Pattaya Night Bazaar.
Panasnya dalam ni oii.
Berpeluh-peluh satu badan satu muka dibuatnya.
Saja nak tengok kot ada baju murah-murah.


: : Central Festival di siang hari. Yang kitorang pegi malam tadinya tu : :


: : Dak Baby shopping : :


: : Saya menyangkung menunggu depan kipas ini : :


: : Saya beli baju yang ada kartun bikini tu hehehe : :

Pastu beli gak sehelai seluar loose untuk saya dengan Yaya.
Dan sehelai tshirt untuk Yaya gak.

Kitorang cari gak Mieng Kham tapi tak jumpa.
Try lah tanya pada tokey kedai dalam gambar bawah ni.
Yang lelaki tu mati-mati tak paham Mieng Kham tu apa.
Rupanya dia cina Melaka uolls.
Nasib yang perempuan tu faham.
Katanya kat situ memang takde jual. Kena pegi pasar malam kat mana tah.

Orang Pattaya tak makan Mieng Kham kot macam orang Chiang Mai.
So memang tak merasa langsunglah kitorang makan mieng kham.
So sad…


: : Memang banyak restoran India kat sini. Halal ke tidak entahlah : :

Selesai kat Pattaya Night Bazaar kami patah balik ke lorong sebab nak beli Iced Tea & Iced Green Tea.
Sebab dah minum green tea kat Floating Market, jadi nak beli Iced Tea pulak lah.
Masa kitorang nak beli air ni si penjual both laki perempuan tengah bermesre mesre rakyat atas motor tu.
Ni nak meniaga ke idok ni? Nak bermesre mesre gi cari bilik sana lah!


: : Sib baik iced tea kau sedap : :

Malam tu tak plan nak makan apa.
Tengah lepak golek-golek Masy menyuarakan hasrat nya nak pergi ke kedai depan hotel tu.
Saya kata ‘malaslah’
Tapi dalam malas tu setiba-tiba saya bangkit dari katil lalu menyarung tudung.
Ternyataaaa diriku bagai sudah di jampiiiii.

Usha-usha maggie tomyam ni.
Nampak ada tanda halal. Yey!


: : :Lalu beliah Volcano Cheese ini : :


: : Suruh budak kedai ni bubuh air panas sesiap. Kat bilik hotel takdok kettle : :


: : Dap dap dap. Nyesal tak beli extra bawak balik KL. Tsk : :


: : Makan dengan nanas kecik comel ni. Manis! : :

Selamat malam Pattaya!

    One thought on “Pattaya, Thailand : Sekitar Hotel

    1. Masy

      belek baju macam nak rak, last2 tak beli pun kui kui kui (saye la tu).

      bile pikir2 rasa rugi gak tak round betul2 area hotel kite tu kan. gegara ramai nau pompan nenen bertebaran, terus rasa tak selamat hahahaahahahha