Blog Maya Dot Com

Pattaya, Thailand : Sawadeekap!

Kisahnya pergi Pattaya ni sebab dah taktau nak pergi mana dengan Masy.
Dah 3 tahun berturut-turut kami travel sesama.
Memula 2014 pergi Labuan (sekali dengan arwah Rai & Deyana).
Pastu 2014 pergi Chiang Mai Chiang Rai.
Tahun lepas kami pergi Macau.
So konon nak jugak la travel tahun ni berdua.

Kekdahnya bajet ciput, tapi nak jalan jugak.
Tu yang last-last terpacul Pattaya tu.
Tapi saya dah awaskan Masy yang saya taknak buat aktiviti laut pulau bagai.
I is don’t want.
Dia sedia menurut perintah.

Lagi satu macam susah nak matching-matching destinasi sebabnya ada tempat yang saya dah pergi, dia belum pergi.
Ada tempat dia dah pergi, saya pulak belum pergi.
So itulah dia asal usulnya trip ke Pattaya ini.

Beli tiket 7 Februari 2017.
Travel dari 19 – 22 Mei 2017.
Takdelah lama menunggu pun.

Harga tiket RM194.06.
Saya redeemed loyalty points so bayar RM151 je.
Saya beli seat tepi tingkap so tambah another RM6.

Flight pukul 2.25 petang.
Sampai kat KLIA2 pukul 12.30 tengah hari.
Terus je masuk clear kastam dan imigresen.
Luggage beg lepas, alhamdulillah.
Nak check Gate berapa tapi takde pulak staf kat kaunter tu ha.
Kitorang gamble je jalan ke Gate P & Q tapi sekali flight kitorang kat Gate L!
Huwaaaaa kena pusing balikkkk huhu.

Saya dah la tak makan apa ni.
Lapau. Dekat Gate L cuma ada San Francisco dengan satu Kopitiam namanya Killiney Kopitiam.
So ok lah makan kat sini je.
Sekali lepas order, urut dada Kakak.
Mahalnya!
Dah la both air dan food tak sedap. Pffttt..

Bila tak puas makan perut pun rasa tak sedap.
Macam pedih-pedih dan bunyi-bunyi.
Pinggang pun tiba-tiba sakit. Sedih ah….


: : Hawau beg budak ni tak sampai 4kg pun. Walhal tudung dengan baju hari-hari tukau : :

Dari KLIA2 ke U-Tapao International Airport Pattaya ambil masa 2 jam saja.
Waktu Thailand lewat 1 jam dari KL.
So sampai kat U-Tapao pukul 3.25 petang.
Masa ni kepala saya dah start berdenyut-denyut.
Aduhh. Migraine la ni..

Ini kali ke 4 saya menjejakkan kaki di bumi Thailand.
Mula-mula dulu Bangkok, lepas tu Hat Yai (2 kali) dan Chiang Mai Chiang Rai.


: : Kena naik bas untuk ke Terminal : :


: : 45 minit beratur kat imigresen! : :

Dari U-Tapao kami ambik mini bus dengan bayaran THB250 sorang.
Naik sekali dengan 6 orang yang lain.
Perjalanan dalam 1 jam jugak la.
Saya book Flipper House Hotel dengan bayaran RM379 untuk 3 malam.
Macam biasa book via booking.com.


: : 2 ekor gajah menanti kedatangan kami : :


: : Omey tak kita???? Ada saya ig story kan. Siapa yang follow ig story saya tau la cemana saya terkejut bila angkat belalai gajah tiba-tiba belah bawah tu jatuh. Pastu tergelak dengan Masy hehe. Memang apa-apa sekarang korang tengok je la ig story saya. Senang boleh update there and there : :

: : Complimentary air mineral 2 botol setiap hari. Yang lelain dalam fridge ni kena bayau : :


: : View luar bilik : :


: : Toilet pun puas hati. Siap ada bath tub ha : :


: : Teruja tengok gajah, terus video call dengan Encik Z hihi : :

Diberi 2 botol air mineral sebagai complimentary.
Jajan-jajan ni kena bayau.
Setiba-tiba nampak ada kotak pink bergambar strawberry itu.


: : Zoom out sekali kondom uolls. Pengsan : :

Oleh sebab kepala saya sakit nyut nyut jadi adalah tak kuasa nak cari makan di luar.
Lalu room service je lah.
Belek menu tengok apa yang boleh dimakan.
Nasi putih, telur dadar dan sayur campur.
Jus nanas dan jus tembikai.  THB312.

Cuba untuk melelapkan mata dalam sejam camtu dengan harapan migraine akan berlalu pergi.
Sebabnya pukul 9.30 malam nanti kami nak pergi nonton Cabaret Show.
Wow, cabaret show okkk.

    2 thoughts on “Pattaya, Thailand : Sawadeekap!