Blog Maya Dot Com

Pattaya, Thailand : Mini Siam

Sepatutnya destinasi kedua hari ini ialah The Bottle Museum.
Berbekalkan segugus alamat di tangan, Mr Nat pun drive lah mencari di manakah lokasi The Bottle Museum ni.
Sampai-sampai tengok eh macam kilang kayu ke perabot camtu lah.
Ikut address betul dah tu.

Lalu Mr Nat pun turunlah bertanyakan orang sana sini.
Masuk-masuk kereta “No hep no hep”
Dah apa pulak no hep ni.
Berbekalkan skill komunikasi kakak yang tak seberapa ni, try lah translate.
“Don’t have?”
Ya ‘no hep no hep’
‘Closed?’
Ya ‘no hep no hep’ sambil buat gerakan tangan no no no.

Lalu saya dan Masy pun sebulat suara bersetuju yang tempat ni dah ditutup.
Tapi masalahnya website depa wujud lagi. Acaner tu?
Seram lah.

Makanya destinasi diteruskan ke Mini Siam
Ala-ala macam kat Legoland tu lah.
Yang ada bangunan-bangunan seluruh dunia dalam bentuk mini.
Tapi mini tak mini sangat laa, besau jugak.
Cuma tu la mushkil namanya kenapa Mini Siam?
Tapi ada bangunan luar negara? Ahh pedulikan semua itu.
Ayuh masuk.

Bayaran masuk Mini Siam ni THB288 untuk 2 orang.
Beli kat kaunter.

Boleh pinjam payung yang berderet diletakkan sebelah kaunter.
Pinjam tau bukan ambik bawak pulang!
Payung pink menjadi pilihan hati.

Tadi kat Sanctuary of Truth masih pagi lagi kan.
Ni dah masuk tengah hari, lagilah panasnya perit pedih terik.
Payung pun takkan mampu menyubur sekuntum bunga yang layuuuuu
#hulurpayungkatshahir

Banyak lah segala macam bangunan mini nya.
Tapi tidaklah kami stop bergambar kat setiap satu sebab tak larat kot!

Teruja nampak Eiffel Tower, Paris jadi marilah bergambar banyak banyak banyak kali kat sini.
Tak dapat pergi Eiffel Tower sebenar, dapat sampai yang tipu punya pun boleh laaa.



: : Arc De Triomphe : :


: : Nam Dae Mun, Korea! : :


: : Kincir angin ni kat mana ntah. Lupa nak catit : :


: : St Basil, Russia : :


: : Duduk lepak bawah pokok sambil berbual meluahkan perasaan dan berkongsi rasa : :

Tengah lepak-lepak tu nampak couple ni.
Yang husband snap gambar wife, lepas tu tunjuk kat wife dia.
Wife dia macam tak puas hati, so si husband snap lagi.
Berulang-ulang kali jugak la.
Sportingnya husband melayan si isteri.
Harap esok dah tua, Encik Z pun layan saya macam ni jugak laa.
Jangan keluar dialog “Dah tua-tua pun sibuk nak bergambar lagi ke???” dah laa.
Hiks.


: : Biasa dia tu snap gambar nampak biasan jari tuuu : :


: : Somewhere in China : :


: : Angkor Wat! Plan nak repeat bersama suami dan anakanda, tapi ntah lah bilanya : :


: : Beberapa hari lepas gi Pattaya ni, saya tengok kat FB Ahyue, dia sefamily pergi tempat atas ni. Fuhhh.. I mampu yang tipu je Yueeee : :

Europe pun tak lepas, ada hati nak pegi USA pulak.
Mimpi ahhhh.
Tapi takpela, kita tumpang bergambar je duluu.
Tengok Mount Rushmore ni macam real je kan.


: : Statue of Liberty : :


: : Mount Rushmore & Statue of Liberty, andai ada jodoh kita, tak akan ke mana mana. Pastikan sempurna harapan bersamaaaa : :


: : Yang ni belah belakang. Kitorang tak larat jalan dah. Besau oii tempat ni : :


: : HCM ni nanti pun plan nak repeat dengan Yaya & Encik Z. Semoga terkabul. Amin : :


: : Ni mana ye? Egypt kot? Malas nak cross pegi seberang : :


: : Sydney! Sapa nak pergi? Nak ikutttt : :

Last kopek sebelum meninggalkan Mini Siam ini, bergambar kat London Bridge.
Terus teringat lagu London Bridge is falling down.
Teringin nak pergi London jugak!! Aaaaaaa..

Bye Mini Siam!
Terima kasih sebab memberi sedikit harapan dan mengubati luka hati kakak yang tak dapat pergi tempat sebenar.
Dapat tengok Eiffel Tower tipu pun hati kakak dah berbunga-bunga.

Cuma kakak kecik hati sikit dengan awak.
Kenapa Petronas Twin Tower KLCC takde eh kat sini?
Hmm..

    One thought on “Pattaya, Thailand : Mini Siam