Blog Maya Dot Com

Pattaya, Thailand : Lunch, Masaj & Dinner

On the way nak ke Mini Siam tu tadi saya memang ada ternampak ada kedai makan halal.
So lepas keluar je dari Mini Siam saya pun bagitau la Mr Nat tu.

“We want to eat. I saw halal restaurant just now. You u-turn”
“Go back?”
“No, u-turn, u-turn”
“Ok ok go back”

Yang saya ingatkan dia nak go back hotel.
Rupanya go back tu u-turn la cuma memasing silap pemahaman.
Lepas u-turn tu haaa ‘there there the restaurant’
Matiklah cakap omputih ke laut. Janji kau paham sudahhh Mr Nat oi.


: : Cemana ke nak order nya ni : :


: :  Hmmm ni pun cemana nak order ni : :


: : Dan lagi masalah depa tak faham Inggeris. Tu saya tanya daging ke kambing ke, depa bercakap sesama sendiri 3 orang dan pertanyaan saya dibiar gantung tak bertali. Sabooo je la : :

Nak order air pun tak reti.
Last-last nampak ada sorang perempuan baru tapau air warna putih.
Saya bayangkan air kelapa coconut shake.
Rupanya macam air yogurt gitu. Adoihai.


: : Last-last Masy makan roti canai with kari ayam. Dan saya makan tomyam tengah tengah hari panas nyit nyit : :

Usai makan terus suruh Mr Nat hantar kami balik hotel walaupun masa tu awal je lagi pun.
Tapi kami mahu pulang sebab panas nau nau.
Nak air cond!

Sampai hotel sempat saya terlena satu round.
Bangun dalam pukul 5 petang camtu siap-siap nak cari makan dan urut.
Kena urut dulu la baru makan sebab kang urut lepas makan mahu terbelahak pulak kan.


: : Excited kemain : :


: : Ada ikan bakar, kerang bakar, udang bakar kat gerai ni tapi ntahlah kenapa kami tak cuba ek. Seafood je pun. Ni betul-betul depan hotel : :


: : Kami memilih untuk masaj di sini :

Kami pilih masaj satu badan dengan bayaran THB200 untuk 1 jam.
Gambar di bawah selepas masaj.

Memandangkan The Bottle Museum tu dah tak wujud, makanya ada la extra allocation duit tersebut.
Kami berdua bersepakat nak tambah masaj. Urut kaki pula dengan bayaran lagi THB200.
Masaj badan sini tak best lah. Tak rasa sakit/kuat hmm.

Urut kaki kat belah luar la kan.
Kami yakin tu sebab takde orang masa ni.
Tapi kan.. dalam setengah jam camtu setiba-tiba muncul pulak dalam 8 orang lelaki India.
Adoii.. Bak kata Masy dalam entrynya, terbelanja betis lah pulakk. Aurat tu sis.
Ya Allah, ampukan dosakuuuu.

Masa memula lelaki-lelaki India ni masuk saya dengan Masy dah berdiam diri dah.
Sebab sekali lalu dah tau dah ni orang Malaysia ni haa walaupun depa berspeaking Tamil.
Saya shhhh kan tukang masaj tu sambil bagi signal “I from Jakarta ok”
Eh eh dengar pulak mamat India tu. Dah la dia duduk bebetul sebelah saya.
“Oh u Indonesia?”

Tapi perempuan yang nak masaj mamat ni pulak pecah lubang.
“Malaysia… Malaysia” sambil tunjuk saya dengan mamat tu.
Eh eh kau ni tak boleh simpan rahsia tauu.
“Haaa u pun Malaysia ke?? I dah agak dah. Orang Malaysia je pakai tudung macam ni”
“Mesti u ingat kitorang dari India kan?”
“Takde maknanya. India Malaysia je kecoh macam korang ni” <<– cakap dalam hati hahaha.

Tapi baik je la pun depa semua ni.
Ramah sembang sembang je la.
Depa dok kagum saya dengan Masy berjalan berdua je datang Pattaya ni.
Berani katanya.
Gitulah bro, Innamal A’malu Binniyat.
#betulkankopiahbro
Niat untuk berkembara melihat tempat orang, insyaAllah dipermudahkan.

: : See, kan takde orang ni : :

Lepas masaj teruslah cari tempat nak makan.
Hasil kajian Masy, ada la satu gerai ni ha, tapi sampai-sampai tengok dah tutuplah pulak.


: : Lalu menapak masuk dalam shopping mall Central Festival ini : :

Ada kedai halal dalam Food Court.
So ke sana je lah. Ada 2 jenis food halal je kat sini.
Makanan Arab atau makanan Thailand, tapi very limited lah.


: : Yang ni dalam kedai. Harga mahal sikit la : :


: : Tomyam je yang nampak ok, so makan tomyamlah lagi kita sob sob : :


: : Udang gemuk. Saya makan sorang je sebab Masy takmau. Kenyang lagi barangkali : :


: : Dapnya duriannn tapi tak beli pon : :


: : Nampak akak ni jual Banana Pancake. Yeyy nak! THB50 harganya : :

Nak ke hotel kami memang kena lalu jalan yang ada pub/disko bagai.
Ada la nanti perempuan-perempuan berkumpul panggil customer.
Tu nampak tak belakang tuuu. Nak snap gambar teterang adalah takut.
So pura-pura candid gituuu hehe.
Don’t worry depa tak kacau pon kitorang ni.


: : Singgah kedai depan hotel nak cari kekudap. Tengok susu hitam putih ni cam comel je. Jadi marilah beli  : :


: : Supper katanya : :

End of Day 2.
Good night Pattaya!