Blog Maya Dot Com

Pattaya, Thailand : Kap kun kap

Hari terakhir di Pattaya.
Kan buffet breakfast sampai pukul 12 tengah hari kan, jadinya saya cadangkan pada Masy supaya kita makan lewat.
Boleh la menampung perut lama sikit.
Kang breakfast awal sangat kang cepat pulak laparnya.


: : Makan nasi gaul-gaul letak telur. Dengan sup tomyam : :


: : Susu penuh krim : :

Sebelum turun makan memang dah pack kain baju apa semua, so naik bilik just tunggu masuk waktu solat Zohor, lalu sekalian solat.
Biasalah kan patut check out pukul 12 tengah hari, tapi kitorang mintak 12.30 sebab Zohor dalam 12.15 camtu kot tak silap.
Selesai semua, turun lah ke lobi tunggu Mr Nat yang semalam itu.
Airport transfer balik ni mahal lah pulak.
THB1000 untuk 2 orang huhu.

Asalnya 2 katil ni berjarak.
Tapi saya paksa Masy rapatkan katil tu sebab saya takut hew hew hew.
“Aikk hari tu kat Macau akak tak takut pon?”
“Itu Macau. Mana kita pernah dengar hantu Macau kan?
Ini Thailand. Kan hantu Thailand seram-seram. Kan kan kan?”
“Hek elehh”


: : Ada penimbang kat lobi tapi kena bayau! Timbang tengok ok tak sampai 7kg. Tapi kalau campur dengan handbag? Aaaaaa takutlah ceni! : :

Kalau korang nak tau saya ada je tinggal pakaian kat sini tau.
Macam baju kotak hitam putih tu saya nak tinggal, Masy kata sayang lah kakkk.
Hah kalau sayang ambik nih. Terus dia ambik sumbat dalam beg.
Kain dalam, pakaian dalam semua saya ikat dalam plastik buang tau.
Seluar hitam yang pakai semalamnya tu sehelai tu memang saya bagi Masy, so jimat la space beg.

Baju yang saya pakai balik ni pun baju yang sama saya pakai datang hari tu tau.
Cumanya saya terbalikkan sebab baju tu boleh pakai 2 belah.
Tapi saya basuh k baju tu. Sekejap nau keringnya. Aterr panas kat sana kan.
Gitu sekali ketakutan terlebih berat beg.

Sementara menunggu Mr Nat sampai, Masy ajak singgah 7 Eleven beli kudap-kudapan.
Yer lah takut jugak sat sat g melapau ke apa kan.


: : Jatuh cinta dengan air kelapa botol kat sini : :


: : Biskut Gery Thailand. Tak beli pon : :

 class=
: : Siapa nak pergi Pattaya memang saya rekemen hotel ni. Strategik : :

Sepanjang perjalanan ke airport yang mengambil masa 1 jam tu lalu kawasan-kawasan yang saujana mata memandang.
Macam tak sama dengan laluan datang hari tu.


: : Napa kita google tak jumpa info pasal tempat ni eh, Masy? : :


: : Buddha di dinding bukit : :


: : Yang ni macam taman. Ada tasik. Nampak besar dan lawa! Why taktau tempat niii : :


: : Sudah sampai : :


: : Ramai pulak orang ah. Orang Malaysia pun ramai. Dari mana semua muncul ni : :


: : Tengah mengumpat geng-geng kunyit depan ktiorang yang selfie sampai lapanploh kali.  Hiks : :

 class=Pusing-pusing jap dalam airport yang sebesar kangkang monyet ni cari apa-apa yang boleh dibeli.
Nak habiskan duit THB yang kecik-kecik.
Nampak benda alah ni macam best je. Lalu marilah beli.

Lepas beli belah tu terus rasa nervous.
Sumbat semua barang dalam beg dan iringi doa semoga takdela staf AA ni nak cek berat beg ke hapa ke.
Masy suruh buat muka confident je.
Alhamdulillah sistur, lepas dengan selamatnya.


: : Ada isu sikit atas plane. Macam ada tiket nombor sama. Tapi pakcik tu baik je tak kisah pun, dia pindah duduk seat lain. Kalau saya, dah amukan dah. Itu je la keje kau Normaya. Amukan tak sudah. Hiks : :


: : Perjalanan pulang adalah lancar. Sampai KLIA2, suami dah menunggu. Saya lapau jadi terus ajak makan di Burger King : :

Ole-ole yang dibeli..


: : Kekacang THB300 : :


: : Tshirt Yaya & Encik Z THB300 : :


: : Baju 2 dan seluar 2 helai THB630 : :


: : Fridge magnet THB100 : :


: : Coconut Chips & Dried Mango. Tak silap THB60 each. Dedua sedap : :

Dan thai curries & soups ini.
Memang instant. Campak je masuk kuali.


: : Saya baru try yang curry tu je. Yang lain tak masak lagi. Nampak tak cemana pemalasnya seorang Normaya hehe : :

So, best ke Pattaya ni?
Wajib pergi ke?
Kalau korang belum pergi Bangkok, Krabi, Phuket, Chiang Mai, better pergi sana dulu lah.
Pattaya ni kendian-kendian bila dah taktau nak pergi mana, tapi nak ke Thailand.
Tapi takde la saya kata tak best ke apa.
Banyak je tempat yang boleh pergi kat Pattaya ni. Saya pun surprise jugak.

Perbelanjaan?

Flight ticket Air Asia  RM157.
Hotel RM190
Sewa Kereta THB3000
Airport Transfer THB1250
Entrance Fees RM180
Makan THB1330
Shopping THB1700

Macam biasa, semua ni kurang lebih je tau.
Bukan exact amount.
Kurang lebih dalam RM1500 camtu lah.

Nah video ala kadar.

Sebulan lepas balik Pattaya ni, Masy hantar whatsapp.
Pengsan uolls. Kitorang pergi Bandar Seks rupanya.
Jangan kecammmm plisss. Hiks.

Watamat!

    2 thoughts on “Pattaya, Thailand : Kap kun kap

    1. Masy

      tak madan dgn imej ostajah, ke bandar seks jugak pilihannye hahahahaha!

      btw laluan balik tu sama je dgn laluan pegi. akak x pasan sbb akak kan tidoooo dalam perjalanan tu kahkahkah! taman yg ade tasik tu mcm best jugak cumanya baru lagi kot…

      tamat sudah pattaya!