Blog Maya Dot Com

Pattaya, Thailand : Floating Market

Seterusnya, kami ke Floating Market.
Dekat je pun dengan Love Art Park tadi tu.
Masa mula-mula tersilap hantar tadi dia hantar kat entrance lain.
Yang ni dia hantar entrance lain pulak.

Bayaran masuk untuk 2 orang THB200.
Lepas convert dalam RM38 camtulah.
Kena tukar tiket yang dibeli online kat kaunter.


: : Kena cop kat tangan macam masuk club. Tapi cop pun ala ala segan mati tak mahu : :


: : Kelihatan bendera Malaysia di situ : :


: : Kiri kanan ada jualan : :


: : Comellah tshirt ni : :


: : Nampak orang naik bot ni terus bersemangat : :


: : Lalu jalan laju sebab nak naik bot! Tapi…… tapi tapi tapiiii : :


: : Hai gajah merah : :


: : Nanas comel : :

Rupanya nak naik bot tu kena bayar lain kau!
Saya mati-mati ingat sekali dengan entrance fee.
Pulak tu kalau murah tak pe gak. THB800!
Dah dekat RM100 tu. Kau dah kenape gileeee.
Memang tak ahhhh. Kau ingat aku ada masa nak bayar sampai seratus ringgit nak naik bot tu?

Patut lah tak ramai orang yang naik pun.
Eeeiieieie sakit hati kita.
Dah la siap bergaduh dengan orang yang jaga bot tu.
“You walk, you walk”
Hek elehhhhh.. Baru jaga bot dah berlagak.
Kau tu jaga bot. Aku ni secretary B** tau tak. Hormat sikit.

Saya dah pernah naik bot kat Floating Market masa pergi Bangkok dulu.
Tahun bila eh? 8 ke 9 tahun lepas dulu la pastinya.
So takde la ralat ke apa ke, cuma sakit hati napa la harga tak dimasukkan je sekali dengan jelas dan nyata. Pfftt..

Oleh sebab marah terus nak cari makan.
Benarnya memang lapar pun.
Tapi dalam ni memang takde pun makanan berat yang halal.
Makanya kita hadap je lah apa adanya.


: : Masy beli pancake : :


: : Saya beli macam hidangan cucur tepung gitu. Dalam tu ada isi oyster. Sedap gak. Makanan Indonesia kata Pakcik tu. Iya iyalah Cik : :


: : Duduk lalu order drinks : :


: : Makan di tepian sungai. Nanti bot-bot lalu menjual-jual so boleh lah beli apa-apa yang patut : :


: : Saya beli pulut mangga tu. Dan inilah hidangan makan tengah hari kami. Semua pun sedap, alhamdulillah : :


: : Mengapa kau bermenung oh adik berhati bingungggg : :


: : Ada orang main muzik kat belakang tu : :

Usai makan dan kenyang perut, jom bergerak pulang.
Eh tapi nak shopping sikit.


: : Tak panas ke pakai gitu abang breakdance : :


: : Ni entrance lagi satu. Ada 2 entrance kat sini. Belakang tu la saya gaduh dengan penjaga bot. Orang tanya je lah pasal bot tu. Dah tak paham pastu nak marah-marah pulak. “You walk, you walk”. Puii : :


: : Cenderahati : :


: : Terasa rasa di tekak pulak Green Tea Ice ni. Makanya ayuhlah beli sebelum teringat-ringat : :


: : Sedapppp : :


: : Tetiba bot panjang lalu kat entrance : :


: : Nak datang sini naik train pun boleh : :

Keluar-keluar tu dah satu kerja pulak nak carik mana Mr Nat nya haaa.
Sah-sah la handphone kitorang tak leh call.
Eh saya roaming je tapi tak kuasa la pulak.
Nasib ada Pakcik bas ni baik hati tolong call kan.
Macih Pakcik!! Muahciked.
Dan nasib baik gak la Masy simpan business card Mr Nat itu.


: : Hasil borongan : :