Blog Maya Dot Com

Pattaya, Thailand : Alcazar Cabaret Show

Tempat-tempat yang nak dikunjungi kat Pattaya ni saya yang google.
Lepas tu finalized kan mana yang paling menarik lalu inform pada Masy.
Saya susun ikut hari dan kemudian Masy la yang uruskan segala pembelian entrance fee.
Yang Alcazar Cabaret Show ni kawan ia yang suggestkan.
Katanya wajib nonton. So ia ia lah.
Harga tiket USD13.50.

Show start pukul 9.30 malam.
Pukul 9 malam kami start menapak pepelan ke tempat kejadian.
Jalan kaki dalam 10 minit gitulah.


: : Wujud sejak 1981 : :

First time Kakak nak nonton Cabaret Show ni.
Plis mohon jangan kecam Kakak ya.

Nasib baik kami dapat seat proper.
Sebabnya ada kiri kanan duduk atas kerusi yang sebiji-sebiji tu.
Tapi yang tak puas hati sebab kami tak dapat air coke.
Tengok eh apasal semua dapat air coke ni?
“Yang datang dengan group je kot dapat?” kata saya kepada Masy
“Ni 2 orang ni mana ikut group kak” tunjuk orang sebelah.

Mana air coke kami???
We want air coke!!
Mengomel sesama sendiri je la, ajer giler nak jerit kat situ haha.


: : Persembahan bermula : :

Saya tanya Masy depa ni perempuan ke pondan?
Masy kata pondan rasanya. Atau dikenali sebagai ladyboy.
Masalahnya awat lawa nau????
Terus kemurungan sis tau tak?

Basically Alcazar Cabaret Show ni depa buat performance mengikut negara-negara di seluruh dunia.
Depa pakai pakaian ikut negara tu dan miming la nyanyi lagu.
Terus lah tertunggu-tunggu cemana performance lagu Malaysia kita ini.
Sebenarnya tak boleh snap gambar/video dalam ni, tapi saya tengok semua buat dono, selamba je snap gambar.
Saya pun snap je la sekeping 2 buat syarat nak letak dalam blog.


: : Yang perform baju merah tu kan, dia panggil la mamat Arab tu naik atas stage.  Tah apa dibebel buat lawak la, tup tup ditarik tangan mamat tu pegang (.)(.) dia. Astaga : :


: : Terkagum jap nengok performance ni. Sebelah bawak watak lelaki, sebelah watak perempuan. Suara pun bertukar-tukar kau. Hebak mu : :

Selepas beberapa negara, haaa sekonyong-konyong terdengar lagu TokTi berkumandang.
Marilah bersama…. jalani cinta kita apa adanya.. saling memberi dan sudi menerima..
Tapi……………………..
Background Minang dan pakaian Minang!
Heyyy apa ni??? TokTi orang Malaysia la! Bukan Indonesia!
Apa apaan dongggg *balingbotolatasstage
Sentap!


: : Kemain feeling perempuan ni miming : :

Overall show 1 jam setengah ni menghiburkan jugak la.
Tapi lepas nonton kena buat solat taubat T____T
Kita don’t take seriously la eh. Semua bergantung pada niat, insyaAllah.
Niat nak tengok tempat, negara, dan budaya orang. Tak lebih dari itu.

On the way balik hotel berhenti kejap tumpang bergambar kat signboard Hard Rock Hotel Pattaya.
Hard Rock Cafe ada jugak, tapi kalau dari tempat kami ni dalam 20 minit naik kereta.
Ajer giler?
Dah kenapa Hard Rock Hotel dengan Hard Rock Cafe jauh-jauh??
Pffttt..
Memang tak ah kitorang nak pergi sebab bukan nak beli apa pun.
Takat nak bergambau je, koserrrrr…

End of Day 1.
Selamat Malam Pattaya!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif 
    more...