Blog Maya Dot Com

KB

Assalammualaikum dan selamat pagi semua..

Kita hold kejap entry Pattaya yer (asyik hold je bila nak siap entry lain ntah ler)
Sebab hari ni saya bercuti.

InsyaAllah pagi ni flight saya ke Kota Bharu, Kelantan.
Naik Malindo kat Subang Airport.
Nervous dan excited sebab ni first time nak pergi Kota Bharu.

Saya pernah pergi Kelantan lamaaaa dulu masa hantar Adil sambung study kat IKM Pasir Mas.
Rasanya masa tu tahun 2001 tak silap.

Eh pernah gak pergi Dabong dengan Apau, tahun 2009.
Rinduuu masa tu naik train tempat tidur.
Gerak malam, sampai pagi.
Kenangan best sangat sebab masa tu ada Ernie.
Dan masa tu saya kurus hehe.

Saya pergi 3 hari 2 malam je.
Sabtu petang balik KL dah.
Isnin kita sambung balik cerita Pattaya k?

Have a nice weekend korang!
xoxo