Blog Maya Dot Com

Majlis Perpisahan dan Persaraan Kak As : Mulanya Di Sini

Bersempena dengan hari persaraan Kak As pada 21 Julai 2017, maka wajiblah kita organize majlis untuk beliau.
Persediaan 2,3 bulan jugaklah.
Nak set date, survey tempat, site visit, beli bunga, beli hadiah dan lain-lain lagi.
Saya selaku salah seorang committee K’RISMA wajiblah terlibat secara langsung.

Hari kejadian adalah pada 19 Julai 2017, 2 hari sebelum Kak As mengucapkan selamat tinggal kepada B**.
Lokasi pulak adalah di D’Saji Nelayan, Titiwangsa.

Pagi-pagi alam saya, Kak Aida & Abang Mohd Noor dah gerak ke Jalan TAR untuk collect bunga yang dah ditempah.
Lepas tu terus ke tempat kejadian sana.
Kak Wan & Sham pulak ke Wangsa Walk untuk collect belon.

Tema adalah purple dan putih.
Purple sebab warna favourite Kak As ialah purple.
Baju dan kain saya sepasang tu dari @byfatinsuhana
Beli lama dah, tapi tak pakai-pakai sebab tunggu occasion ceni lah ehehe.
Tudung bawal RM6 dari Jalan TAR.
Sebab saya takde shawl warna purple lite-lite, so beli je la yang murah-murah.


: :  Kebetulan ada event lain jugak masa ni. Siap ada artis jemputan Datin Alyah lagi ha : :


: : Ketibaan yang dirai. Kak As ditemani Kak Noni : :


: : Nampak la Kak As terharu dengan sambutan dan persediaan majlis ini : :


: : Dimulakan dengan bacaan doa oleh Imad : :


: : Tetiba Kak Aida jadi AV Women : :


: : Ex RSA juga dijemput iaitu Kak Gee, Abang Sly & AJ : :


: : Dijemput Kak As untuk memberikan ucapan : :


: : Kak Zai menyerahkan cenderahati untuk Kak As, bagi pihak RSA : :

Lepas tu saya, Farah W, Umi, Liyana & Zura buat persembahan.
Grup kami digelar Below 40 sebab semua pun bawah umur 40 tahun.
Eh tapi Abang Mohd Noor pun ada gak dalam persembahan ni hehe.

Kitorang nyanyi lagu Mulanya Di Sini.
Beria la practice steps bagai, tapi bila atas stage tah ke mana-mana tah stepnya.
Tak kisah lah kan, performance pun untuk suka-suka saja.


: : Saya turun tu nak tarik Kak As naik stage : :


: : Tu Kak As mintak nak tengok lirik tu : :


: : Masa korus semua pun sporting nyanyi ramai-ramai sebab memang kitorang dah print lirik letak kat table : :


: : Dah macam nak terbang berkepak camtu : :


: : Group hugs! : :


: : Habis! Hehe. Boleh tengok video kat bawah yer : :

Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati

Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

TBC…