Blog Maya Dot Com

Durian McFlurry

Hari tu kan sibuk fenomena Durian McFlurry Mcdonalds.
Amboi fenomena kata kau Normaya.
So saya pun tak ketinggalan lah nak try.
Pegi-pegi asyik stok takde la, mesin rosak lah, tunggu lagi 1 jam lah.
Fedap lah sis lalu tidak menaruh harapan lagi.

Pastu terbaca komen Suapi kat Facebook kata kt Mont Kiara still ada lagi.
So dengan penuh semangat ajak la Encik Z pegi sana.
“Aiskrim durian dah takde stok, Kak”
Sob sob sob.. sedih.

Lalu up lah status di Facebook menyatakan kesedihan itu.
Malam tu Naza komen kata kat Sogo ada lagi.
Husband ia baru belikan.
Teruslah kembali bersemangat.

Esok tengah hari ajak lah Kak Tin ke Sogo.
Alhamdulillah masih ada Durian McFlurry nya.
Syukur syukur.
Memang sedap dan I is suka.

Masa ni pun dah start promosi aiskrim Jagung sempena Hari Kebangsaan.
Eh yeke sempena hari Kebangsaan? Ke sebab Sukan SEA?
Motiplah pulak sukan SEA ek?
Tapi ada la aiskrim jagung limited time.
Taknak termengidam dan ketinggalan, jadi lepas makan McFlurry durian, beli pulak aiskrim jagung ni hehe.


: : Pusing-pusing dalam Sogo jap, jalan-jalan kat Bath & Body Works. Terjebak beli wangian ni. Sekarang memang gila berwangi-wangi je dalam rumah : :