Blog Maya Dot Com

BNM Annual Dinner 2017

Acara 2 tahun sekali kembali lagi.
Tahun ni takde Family Day, jadi adalah Annual Dinner.
Seperti biasa, takde aral melintang, kami suami isteri pegi je lah.
Memula macam dah sentap tau sebab kena pergi malam kedua.
Actually saya tak kisah pun malam ke berapa, tapi sebab malam pertama artis jemputannya, Awie.
Malam kedua pulak, Amy Search.
I want Awie! I don’t like Amy.

Nasib baik la Kak Zai tak kisah nak tukar.
Rasanya dia ingat jasa saya dulu kot.
Kisahnya dulu doorgift dia dapat beg warna kelabu, tapi dia nak warna merah, saya tukar dengan dia.
Gitulah, buat baik dibalas baik kan, insyaAllah.

2 tahun lepas saya pergi lewat.
Kali ni pergi awal sebab nak leisure-leisure tengok apa aktiviti kat luar Ballroom tu.
Tema tahun ni Everything Sci-Fi.
Science Fiction Futuristic gitulah.

#OOTD Jubah dari @ubahsouq.
First time pakai. Labuh, nanti kena potong sikit.
Shawl dUCk @duckscarves .
PB Matte Satin Silk pertama saya.
Clutch Sofina dari @sometime_byasiandesigners

Macam-macam lah kat luar ni ada.
Kita bergambar je lah sampai lebam.
Diri jauh-jauh sebab takut batal wuduk hehe.


: : Geram rasa nak selak je kain dia ni. Tinggi nau : :


: : Ada photo booth. Bergambar lalu print kan ia : :

2 ketul umat ni pun sama geram je saya tengok ha.
Diorang duduk atas apa ah? Ke ada besi dalam seluar dia tu?


: : Kak Lin & Kak Gee kesayanganssss : :


: : Kak Lin, Kak Gee, Mya, Liyana & Kak Aida : :


: : Nasib terserempak jugak dengan KakTin : :


: : Azman, Faizal, AJ, Kak Aida, Liyana, Mya & Marina : :


: : Ni conteng-conteng muka ni, solat Maghrib ke tak ni? : :


: : Saya di table 55 : :


: : Food so so. Dah orang bagi makan free kan, jangan nak komplen eh : :


: : Kenapa muka saya macam penyu? : :

 


: : Rakan setable. Imad + wife, Liyana, Abang Rais, Kak Noni, Mya, Z, Khairy & Ema : :

Show ok jugak lah.
Ada persembahan tarian lampu bagai, pastu main gitar, yang lawak-lawak pun ada.
MC pun kelakar, panggil staf naik stage semua.
Artis jemputan Syameel dan Awie.
Best best best.

Settled semua, mundar mandir lah kat luar bergambar dengan kawan-kawan termasuklah Syikin dan Atie ni ha.
Memula whatsapp tanya Syikin kat mana, dia tengah nak q nak bergambar dengan Gabenor.
Lalu Atie dengan saya pun taknaklah melepaskan peluang.


: : Dapat jugak diri sebelah Gabenor. Yes!! : :

Pastu nampak Awie pulak.
Haa tergedik-gedik la semua nak bergambar dengan Awie pulak.
Urut dada aku tengok Atie & Syikin ni.

Nampak Syameel terus lari tinggalkan Awie, pegi kat Syameel pulak.
Kau tengok Syikin tuuu. Tengokkkkkk.
Huru hara macam apa tau masa tu. Encik Z geleng-geleng kepala tengok, tapi eh dia gak yang snapkan gambar ni hehee.

Saya tak luck malam tu. Tak sangkut apa pun lucky draw.
Kak Mimah dapat grand prize.
Pakej percutian ke Sydney! Waaaaa jelesssss…
Tahniah Kak Mimah. Kalau ada rasa-rasa nak let go pakej ni, let me know ya hehe.

Nah video.
Ada 2 sebab saya edit guna Viva Video.
Maksimum duration 5 minit saja.
Enjoy!

    One thought on “BNM Annual Dinner 2017