Blog Maya Dot Com

Ain Leaving On A Jet Plane

Ceritanya 21 Julai tu keluar lunch dengan Kak Gee, Kak Lin & Ain.
Pegi Sunway Putra Mall.
Time tu masing-masing tengah sengkek la belum gaji kan.
Kak Lin dah awaskan semua kata jangan makan mahal-mahal yer.

Tiba-tiba Kak Gee bersuara kata ‘Takpe, kali ni Kak Gee belanja”
Wah rezeki sangat la kan.
Terus saya bagi cadangan apa kata kita buat ala-ala Farewell untuk Ain.
4 orang semua take turn belanja.
Cadangan dipersetujui. So yeah.
Farewell part 1 ni kami lunch kat Boat Noodle.

Minggu berikutnya 28 Julai turn saya pulak.
Saya belanja depa makan kat The Chicken Rice Shop.
Ada yang tak pernah makan, ada yang dah lama tak makan.
Tapi semua pun suka dengan pilihan saya ini hehe.
Ambik set macam makan dengan Kita-Kita Aje hari tu, senang.

Minggu berikutnya lagi, 4 Ogos, turn Kak Lin pulak.
Kak Lin memang dah cakap awal nak makan kat Absolute Thai.
Benarnya Kak Lin teringin Mieng Kham, tapi masa tu tapi takde pulak huhu.
Sian Kak Lin.
Yer la, Mieng Kham seasonal katanya.

Lepas tu break 2 minggu sebab Kak Gee outstation.
Sambung balik Farewell Part 4 on 25 Ogos.
Ain nak belanja kat Nandos tapi ramailah pulak orang, so pindah ke Secret Recipe.

: : Kemain Ain dan tudung bulu-bulunya : :

Farewell Ain sempena apa ni?
Resign kah? No no no.
Ain akan unpaid leave selama setahun ikut husbandnya Nadzmin ke Manchester sambung belajar.
Dan mereka sekeluarga telah pun selamat terbang ke sana pada minggu lepas, 9 September.

Selamat jalan Ain, Nadzmin dan anak-anak.
Semoga dipermudahkan segala urusan korang di sana.
Insya Allah panjang umur setahun lagi kita jumpa naaa.
Jaga diri! Muahss..