Blog Maya Dot Com

Surabaya : Kesimpulan

Antara yang dishopping di Surabaya ialah barangan berikut.
Kan tak check in luggage kan?? Berapa kali nak bagitau ha?? #tetibagarang


: : Kebaya hitam dan kain batik : :


: : Stokin. Wajib beli kalau ke Indonesia : :


: : Tshirt Encik Z : :


: : Jajan : :


: : Tshirt Yaya. Ada sehelai lagi warna putih yang ada tulisan nama Yasmin kat belakang tu : :


: : Fridge magnet beli kat airport : :


: : Fridge magnet beli kat Bromo : :

Itulah je yang saya shopping kan.
Bajet? Saya malas nak buat kira laaa.
Macam ke korang nak tau sangat pun kannn hehehe.

Oh nak cerita sikit pasal Pak Pri.
Saya dengan Encik Z bila travel ni memang tak kisah sangat pasal duit ringgit ni.
Cuma saya tak suka kalau orang tak jujur.
Macam Pak Pri ni, harga pakej yang saya bayar dah termasuk makan minum driver tau.

Tapi masa kitorang stop kat satu kedai makan ni, lepas makan dia terus keluar buat taktau je.
Makna memang harap kitorang bayarkanlah untuk dia.
Kita pun tak kisah kalau konon dia pura-pura nak bayar ke apa, boleh je saya belanja.
Berapa duit je pun.
Tapi sebab perangai macam tu, dari ikhlas terus jadi menyampah.

2nd thing pulak masa tak jadi pergi waterfall tu.
Harga entrance waterfall saya dah bayar sesiap tau dalam pakej.
So by right bila tak jadi pergi, dia kena la pulangkan balik duit tu betul tak?
Sebab benda tu bukan bayar advanced pun.
Nak masuk baru dibayar.
Senyap dan lenyaplah duit saya tu.

Betul, berapa duit je pun. Lepas convert dalam RM15, tapi sebab sikap tu.
Kejujuran mana? Kalau dia pura-pura nak pulangkan pun saya takkan ambik.
Saya sedekah je. Tapi tu lah. Perangai camtu terus saya jadi tak best.

Itulah ceritanya.
Tapi kesimpulan, saya memang jatuh cinta dengan Bromo!
Siapa yang kaki travel dan belum jejakkan kaki lagi ke Bromo, sila lah ya.
Tak lengkap pusingan Indonesia anda kalau tidak ke Bromo.
Terima kasih Bromo!
The end.

Nah, macam biasa, video!! 🙂