Blog Maya Dot Com

Surabaya, Indonesia : Selamat Tinggal Surabaya!

Flight pukul 3.35 petang so memang banyak masa lah.
Terus cari surau nak solat.
Pun sama, open surau. Campur laki perempuan. Pandai-pandai koranglah.
Eh tak cerita kat korang eh pasal surau campur kat House of Sampoerna tu?
Siap budak-budak remaja laki perempuan lepak sesama lagi dalam surau tu.
Pengsan.
Nak buat cemana kan, dah culture depa begitu.
Kita hormat je lah.

Lepak Starbucks sementara membunuh masa.
Saya try Green Tea Strawberry Blossom Frappucino.
Sedap!! Kenapa tak pernah nampak kat KL eh?
Ke memang takde?

class=
: : Serius sedap. Saya pencinta green tea matcha! : :

 class=
: : Order Chicken Pie juga : :

 class=
: : Takde kerja : :

class=
: : Nampak kedai jual fridge magnet dengan tshirts. Jom singgah : :

class=
: : Tak banyak choice tapi ok la. Saya beli 3 ketul saja : :

 class=
: : Nampak ke tak saya pakai tengkolok tu? Hiks : :

OK dah cerita kan yang Air Asia tegas pasal hand luggage sekarang?
Nak jadi cerita, beg tarik saya tu 10kg la pulak!
Tapi tu dah campur-campur yang dalam plastik barang-barang saya beli kat airport tadi tu.

“Tapi ini baru saya beli sebentar tadi”
“Maaf, nggak bisa Bu. Dikira juga”

Apa lagi terpaksalah bersila panggung kat tepi tu bongkar keluar barang-barang.
Baju cream yang saya pakai semalamnya tu saya bawak keluar ikat kat pinggang.
Blouse bunga-bunga tu saya campak buang.
Buah epal berbiji-biji saya tinggal. Seludup 2 ketul je.
Segala kain dalam stokin bra panties semua saya campak kan.

Kfine saya faham pasal 7kg tu.
Saya redah ni pun cam cuba nasib jugak la.
Cumanya, apa kes kau letak tempat penimbang ni kat pintu masuk flight dah ha?
Patut letak la penimbang segala ni sebelum orang clear imigresen dan kastam, macam kat KLIA2 tu.
Ni siap bagi suggestion suruh pegi check in luggage.
Celah mana aku nak kena keluar patah balik?
Tak logik langsung.

 class= class=
: : Bye bye koranggggg sob sob : :

 class=
: : Tetiba lepas penimbang tu ada kedai lagi. So maknanya kalau beli kat kedai ni lepas lah kan? Hapa hapa tah : :

class="alignnone
: : Dah la jom balik : :

class=
: : Tak pre order food pun, tapi sebab lapar, kita beli je lah. Share-share dengan Encik Z : :

class=
: : Selamat sampai KLIA2 selepas hampir 3 jam perjalanan. Alhamdulillah : :

Macam biasa, nantikan rumusan dan kesimpulan tentang Surabaya ya.
Terima kasih Surabaya di atas kenangannya!