Blog Maya Dot Com

Borak Borak

Assalammualaikum semua..

Kita break kejap lah yer dari entry yer.
Dah lama tak buat entry sembang menyembang dan luahan perasaan.
Bukan taknak, tapi sebab mengejarkan segala cerita yang nak diupdate, takde ruang dah nak buat entry borak-borak ni.

How’s life?
Life saya sama je, macam biasa.
Both personal dan official.
Dah sebulan Kak As bersara, saya pun dah dapat boss baru.
Perempuan jugak. Saya panggil Kak Zila.
Muka macam garang, tapi so far so good lah, baik je.

Cuma kadang-kadang dia macam kasar sikit.
Ada masa tersentuh jugak hati I yang fragile ini hehe.
Tapi yerlah, kerja mana-mana pun sama je kot, nama pun boss kan.
Kita cuba lah adjust mana yang perlu.
Nak kerja lama lagi kan. Pencen wajib saya lagi 17 tahun 5 bulan huhu.

Kawan-kawan kat office pun macam tu je lah.
Ada masa-masa mesti ada yang akan annoying punya.
Dan ada masa-masa saya geram dan sakit hati jugak.
Tapi saya perasan saya ni sekarang kalau sakit hati ke apa selalu macam sekejap je.
Dalam sehari 2 gitu dah cool down.
Faktor usia barangkali.

Personal life pun macam tu je lah.
Yaya masih kat Taiping.
Saya dan Encik Z masih honeymoon.
Gaduh lite-lite tu mestilah ada, asam garam rumahtangga.
Doa banyak-banyak semoga dipermudahkan urusan kami berdua.
Amin.

Cerita travel?
Masih tertangguh travelogue Seoul & India.
Memang nak sangat-sangat update kat blog sebagai kenangan.
Sooner or later, insya Allah.
Untuk tahun depan, tak beli apa-apa tiket pun lagi, sebab ada kekangan yang perlu diselesaikan terlebih dulu.
Tapi insyaAllah 1 – 6 Disember kami 3 beranak akan ke Hong Kong.

KSU?
Berdikit-dikit beli barang.
Kalau nak kata maybe dalam 90% kot?
From time to time kita buat penambahbaikanlah yer.
As for now, alhamdulillah selesa dan bahagia je bila ada kat rumah.
Yang ni pun sebenarnya saya nak share jugak kat blog, tapi ya.. korang pun tau hehe.

Saya cuti minggu depan 3 hari.
Blog pun cuti jugak lah yer.

Esok insyaAllah saya nak ke Kuala Terengganu.
3 hari 2 malam je.
Hari tu perancangan nak lajak ke Pulau Perhentian, tu yang cuti lama.
Tapi sebab last minute bawak Mama, so next time lah pergi Pulau Perhentian.

Rasanya ni lah dulu update buat masa ni.
Nanti ada kelapangan saya buat entry sembang-sembang lagi k?

Korang have a good Friday & weekend.
And of coz long holiday nanti.
Salam Aidil Adha dan Maaf Zahir Batin dari Normaya 🙂

    2 thoughts on “Borak Borak