Blog Maya Dot Com

Atie Turns 32 @ le Petit Dotty’s

Plan nak keluar breakfast ramai-ramai ni dah lama disuarakan.
Tapi biasalah kan, gitu gini kekangan tanggungjawab masing-masing, so asyik postpone je.
Kebetulan 19 Ogos hari tu birthday Atie.
Syikin ajak jugak-jugak breakfast sesama, so marilah siapa-siapa yang ada, bak kata Kaka, biarku jalan dulu, puas ku tunggu, puas ku tungguuu, biarku jalan duluuu.

Sebulat suara nak pergi breakfast kat le Petit Dotty’s di Platinum Park, Persiaran KLCC sana.
Nasib lah saya tengok alamat dulu.
Ingatkan dalam Suria KLCC, rupanya kat belah luar, kalau menapak tu dalam 1km jugak ok.

Dotty’s ni pun dah lama saya dengar tapi tak pernah try.
Dok nyembang-nyembang jugak dengan geng #KitaKawanlahTPEC ni.
Memula nak pergi yang kat TTDI sebenarnya, tapi pastu tukar location kat KLCC.
Lagi senang sebab lagi dekat kan.


: : Belek menu dulu : :


: : Dalam cafe : :


: : Signature Salted Egg York Cronut. Ni la tujuan utama kami sebenarnya : :


: : Saya punya Salted Caramel belah kanan tu. Biasa-biasa aje kot. Encik Z punya Latte : :


: : Hot Chocolate Kin punya : :


: : Egg White Omelette Salmon & Omelette : :

“Sedap ke tu, Mya?” tanya Kin
“I rasa u buat lagi sedap” jawab saya

Standard lah kot rasa-rasa western food ceni.
Knowing Syikin yang memang terror bab masak memasak ni, rasanya ia masak lagi sedap kot hehe.

Maksud saya takde lah tak sedap food sini, tapi kalau teringat yang kat Rimba Rusa tu, sana lagi sedap kot.
Dan harga laaaagilah sedap haha!


: : First time cuba ni. Haaa yang ni memang sedap sisturrrr.. Terpejam-pejam mata menghayati : :


: : Syikin order ni. Tak ingat namanya. Tapi seketul tu dia tak habis. Terpaksalah saya kuis-kuis habiskan hehe : :

Tetiba Encik Z ada sekali kann.
No no no, dia bukan melepak sekali k.
Bukan resmi I heret suami melepak dengan kawan-kawan.
Dia pun tak hingin nak join.

Ceritanya sebab masa Encik Z drop saya tu, Syikin dengan Atie masing-masing kat rumah lagi.
Syikin ok la dah nak gerak dari rumahnya di Cheras.
Atie baru bangun tidur. Tu yang saya ajak Encik Z duduk kejap breakfast sementara tunggu depa.
Lepas Syikin sampai, Encik Z habis makan, ia pun gerak la meninggalkan kami.
Perlu ni penerangan supaya tak dikecam. Hiks.


: : Muncunggggg. Manjang je saya ni tak puas hati kan. Tu Encik Z muka bersabarrrrrr je tu hahahaha : :


: : Tak lama lepas tu Atie pun sampai : :


: : Atie punya. Egg Mayo Croissant tak silap : :


: : Birthday Girl. Happy Birthday Atie! : :


: : Nur Sha Rezaas Hikin, Nur Aziantie & Normaya. Eh baru perasan lagi 2 orang Nurul Fardilla dan Noormaznita. Geng Nur rupanya kita ni. Patutlah bercahaya je wajah masing-masing. Matiklaaa nak : :

Walaupun cuma bertiga tapi dia punya gegak gempita, urut dada sis dibuatnya.
Dah la 2 budak ni sejenis yang cakap laju, dan gelak mengekek ikan kekek mak iloi iloi.
Pastu Atie kata saya ni gelak fake. Tutup-tutup mulut.
Heyy.. I memang sopan santun ok. U apa tau.
Siapa yang tengok instastory saya tau la, ada satu video tu depa tengah stalk sapa tah.
Muka masing-masing! Makcik-makcik bawang sangat!
Walaupun begitu, I tetap sayang depa.
Keindahan persahabatan setelah hujan panas, munculnya pelangi.
Tiba-tiba berfalsafah. Hiks.

Dalam pukul 11 pagi camtu kami pun bergerak.
Tumpang kereta Atie, Atie drop saya kat Pavilion.
Syikin awal-awal dah kata “Nak cari dUCk la tu”
“Bijaknya uolls. Macam mana tau ni?”
“Mya dan dUCk berpisah tiada” katanya

Thanks Syikin sebab payung breakfast hari tu.
Segan sebenarnya tapi Syikin insist. Huhu.
InsyaAllah next time on me pulak ya?
Dah ada plan dah kitorang ni nak breakfast lagi camni nanti.


: : Pavilion. KL Fashion Week. Selalu tengok kat ig artis je kan : :

Sebenarnya saya nak beli shawl yang instant, tapi warna limited.
So terpaksalah beli yang biasa tu.
Saya nak Satin Silk tapi takde warna yang saya cari.
Akhirnya settle dengan Matte Satin Silk.
Shopping pantas gila kot.


: : Balik naik Grab : :

Driver Grab ni peramah nau nau.
Dia cerita kata neneknya duduk kat Flat Sri Perak nun.
Saya pun cerita la saya dulu sekolah kat Sekolah Menengah Bandar Baru Sentul tu.
Kadang-kadang lepas sekolah lepak kat satu gerai ni namanya Morgan.

“Morgan tu pakcik saya lah Kak”
“Lah ye ke”

Pastu dia cerita la Morgan dah meninggal.
Masa meninggal tu sorang-sorang kat rumah, atas katil.
Kalau tak Morgan tinggal dengan maknya, tapi mak nya masa tu sakit, so duduk kat rumah driver Grab ni lah sebab nak ulang alik hospital.
2 hari Morgan tak bukak kedai, orang call-call tak jawab.
Pergi rumah tengok dia meninggal dalam keadaan tertiarap, remote Astro kat tangan.
Kulit dahi dia dah terkopek melekat kat bantal.
Haihh so sad 🙁

Lepas tu driver Grab ni cerita pasal wife/girlfriend dia.
Terhibur je saya dengar, sebab dia fasih cakap Melayu.


: : Tapau seketul untuk Encik Z. Yang ni pun Syikin bayar. Aduiii segan gila kot : :


: : PB dUCk saya yang ke 2 selepas Jersey : :

Bila try acu dengan baju yang nak dipakai, alamak… macam tak matching sangat je?
Tapi hantam je lah, dah sapa suruh tak bawak baju tu sekali matching2 kan.
Malam ni nak pakai shawl tu. Nanti akan diciwi ciwi k 😀

 

 

    6 thoughts on “Atie Turns 32 @ le Petit Dotty’s

      1. Mya

        tak licin sangat. yang licin tu satin silk.
        rasa matte satin silk ni lagi ok kot dari satin silk sebab elok terletak, tak licin

    1. kin

      Hahaha, Tq MYa & Atie sbb bukan senang nak heret bfast sesama.

      Kalo di izinkan ALLAH, biarlah kita berkawan tanpa ada rasa benci dan tikam belakang dan cakap belakang. Semoga persahabatan kita berlima (Mya, Atie, Diella & Ita) hingga selamanya gitu 🙂

    2. atiefadleesurilily

      haoiiiiiiiiiiiiiiiiiii. thanks kak maya nfs kak kin!!!
      cant wait four our next breakfast session.