Blog Maya Dot Com

15 Syawal @ KimFad & Nott’s Crib

Hari ni kita jalan jauh sikit.
Openhouse kat Klang & Shah Alam.
Kita ke Klang dulu, openhouse Kim & Fad.
Tapi bukan rumah yang depa 2 duduk la.
Rumah parents Fad.
Sebab depa 2 ni duduk kat Johor nun.

Mungkin ada antara korang yang kenal kot Kim dengan Fad ni.
Sebab diorang macam famous jugak la sebab perkahwinan 2 budaya ni.
Tambah pulak dengan fenomena Kpopnya.
Saya kenal Fad sebab saya guna service KimFad Tour Guide masa saya pergi Seoul dulu.
Haihh ntah bila la nak update cerita Seoul taktau laaa tsk.

Tengah nak ambik food tiba-tiba nampak Syafiq.
Haaa apa lagi terperanjat terus jerit haa.
Saya pun tidak lah tertanya kat Fad sama ada Syafiq datang ke tak open house ni.
Saya kat Seoul 8 hari.
3 hari Syafiq yang bawak kitorang 3 beranak jalan sebab Fad dah nak balik Malaysia masa tu.
Memang best best best sangat Syafiq jadi tour guide.
Puas hati 100% I tell you.

Seronok la borak cerita pasal kenangan kat Seoul hari tu.
Insta story mention nama Yaya, rugi la tak dapat jumpa abang Kim yang comel ni hehe.


Thank you Kim & Fad for the invite!
Saranghae! Lol.

Ada rezeki insyaAllah kita jumpa lagi ya.
Saya plan nak repeat Seoul Mac 2020 sebelum Syafiq habis study.
Tapi katanya eh Februari 2020 saya dah balik Malaysia, kak!
Haha.

Kena plan 2019 la jawabnya. Mac atau September insyaAllah.
Amin amin amin. Yaya, sila doa banyak-banyak ya..

Otw balik ke KL, masuk Seksyen 7 Shah Alam, menyinggah open house rumah Nott.
Nott ni roommate saya masa duduk hostel kat Politeknik Port Dickson dulu.
Orang Kedah. Baik je orangnya.
Dulu asal saya balik bilik meroyan sentap amukan ke apa, dia la yang memujuk.
Bukan jenis nak menyemarakkan api lagi ke apa, memang takde.
Kadang nak amukan pun jadi malas sebab dia asyik positif je hehe.

Ingat nak lepak kejap je, tapi lepas saya sampai tu tetamu ia dah beransur.
Jadi memang tinggal saya dengan jiran depan rumah dia je husband n wife.
Encik Z pulak dah lepak kat luar borak dengan husband Nott.
Makanya terlama lah lepak bersembang. Seronok jumpa kawan-kawan lama ni.

: : Thank you roommate di atas jemputan. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi na : :

Nott dengan husband dia buat business bekam.
Korang yang area Shah Alam kalau nak berbekam boleh lah pergi kedai Nott ni.
Pusat Terapi Syifa, Seksyen 7, Shah Alam.

OOTD saya tu sepasang saya beli masa jualan Koperasi kat office saya ni ha.
RM100 saja. Corak tu inspired dari Jubahsouq kan?
Nampak macam dia, tapi bukan dia hiks 🙂