Blog Maya Dot Com

14 Syawal


: : Pakai cardigan baru dari Poplook : :


: : Memenuhi jemputan dari Liza Masrina kat Melur Apartment : :


: : Ada sambal tempoyak ikan bilis dan cendawan kukur! : :

Lepas tu bergegas ke Setapak sebab nak jumpa dengan Farzana.
Saya letak kat FB nak let go steam cooker Faber ni.
Farzana nak beli, tu yang berurusniaga kat tepi bengkel je hehe.

Janji dengan Atie nak gi beraya rumah Sho.
Tapi by the time saya sampai kat area rumah Sho, Atie masih kat rumah lagi ha.
Encik Z malas nak tunggu, so touch n go jumpa Sho kat bawah je la.
Sorry Sho. InsyaAllah next time ya.
Dah macam raksaksa gorgon saya diri sebelah Sho yang kecik molek ha.

Singgah IKEA sambung cari barang rumah yang entahlah bila nak berkesudahannya.
Tau la IKEA ni kadang ada barang yang out of stock la apa la.
Takpe, pepelan kayuh, insyaAllah.
Memang tengah semangat nak hias rumah ni.

Surau kat IKEA full, so masuklah MyTown nak maghrib.
Astaga jauh gila kot surau MyTown ni.
Kat bahagian parking. Penat kita jalan. Sakit kaki kita tau tak.
Lepas solat makan kat Teh Tarik Place.
Susu halia depa macam dah kurang kick je.


: : Tak boleh lawan roti bawang kat cafe ofis saya : :


: : Lepas tu tapau 2 benda alah ni. Sedap tapi macam muak yang Ice Blended Durian tu : :