Blog Maya Dot Com

Surabaya, Indonesia : Terima Kasih Cemara Indah! Terima Kasih Bromo!

Dalam pukul 10 pagi dah sampai Cemara Indah semula.
Kitorang terus duduk breakfast.


: :  Nasi goreng dan Indomie goreng. Ada keropok, telur dadar dan sup sayur yang sedap! Jua buah tembikai. OK la no komplen : :

Lepas breakfast terus balik bilik nak check out.
Wajib lah mandi kan, dah bau kuda bagai.
Tapi saya tunggu like forever air panas tak keluar-keluar, lalu mandi lah air sejuk brrrrr..
Saya tak tukar baju dan tudung sebab bawak baju ngam-ngam je ponnn.
Lantak sana.


: : View dari Cemara Indah. Memang strategik hotel ni : :

Masa kitorang kat kawah Bromo tadi nasib lah tak berasap ceni.
Kalau tak, mau pening dan satu badan berbau asap.
Plus, bahaya jugak la kan.
Terkepung-kepung dalam asap, tak nampak jalan, kaki terpeleot jatuh dalam kawah.
Nauzubillah…


: : Ni depan bilik kami. Tak sempat nak lepak-lepak pun : :


: : Bilik-bilik lain di sebelah kanan : :


: : Suamiku yang gagah. K, takyah nak gagah sangat la Normaya : :


: : Laluan dari bilik menuju ke reception. Restoran belah kanan. Yang boleh tengok view cantik Bromo tu sebelah kiri : :


: : Restoran : :


: : Semakin banyak asap dan kelihatan seolah-olah bersatu padu dengan awan : :


: : Kemain berasap yer bang : :


: : OK last last : :

Selamat Tinggal Bromo!
Awak best best best best sangat.
Korang yang tak pernah ke Bromo, sila pergi tau.


: : Meneruskan perjalanan yang sangat-sangat mencabar. Dekat 1 jam lebih kot nak keluar dari kawasan Bromo ni. Nangissss asyik terlompat tersenget dalam kenderaan : :

Dalam perjalanan, hujan melebat sesungguh.
Sampai orang kedai makan terpaksa ambik berantar dengan payung.
Makan siang kat Warung Mbak Sri.


: : Es Jeruk Dingin untuk Normaya. Dan Kopi Hitam Pekat untuk suaminya : :


: : Saya makan Empal Sapi. OK la biasa-biasa aje. Boleh ditelan : :


: : Nah Biskut Gery korang ada kat sini. RP9000. Lebih kurang RM3 : :