Blog Maya Dot Com

Surabaya, Indonesia : Wisata Petik Apel

Perjalanan dari Bromo ke Malang mengambil masa kurang lebih 3 jam lamanya.
Dalam pukul 4.30 petang baru sampai di Wisata Petik Apel.
Dari office ni, ada sorang Pakcik bermotor lead jalan untuk Pak Pri.
Boleh tahan masuk dalam jugak.


: : Jalan masuk kat belakang nun : :


: : Dapat air epal ni gratis : :

Excited jugak la masuk dalam ni sebab tak pernah masuk ladang epal kan.
Sama excited macam dapat masuk ladang oren kat Jeju hari tu.
Tapi kali ni lagi best lah sebab boleh petik.
Style kat sini, boleh petik dan makan seberapa banyak yang nak.
Tapi dengan syarat kena makan dalam ni lah.
Kalau petik dan tak makan dalam ni, akan ditimbang, dan kena bayar lah.
Tapi murah je, 1 kilo RP30,000.

Buah epal kat sini kecik cecomel je.
Ada yang jenis masam, dan ada yang jenis masam manis.
Semua ni export pasaran tempatan sahaja.
Sebelum mula memetik, kita bergambarlah dulu sampai lebam.


: :  Rasa dia tak manis sangat. Dan tak crunchy macam epal Fiji merah tu : :


: : Motiplah bergambar ceni. Dah macam cerita momok Penunggu Ladang Epal : :


: : Epal epal yang bergantungan dan bergentayangan. OK bergentayangan tu hantu : :

Rasanya Encik Z tak petik pun kot.
Ke dia petik sebiji dia terus ngap je.
Yang lain saya yang petik sambil mulut pot pet.
Ada saya letak kat instagram.
Full video macam biasa nanti saya compilekan ya.

: : Ni jumlah yang saya petik. Lepas timbang 500 gram. So bayarlah RP15,000 : :


: : Mohon dibayar Mas : :


: : Saya beli kerepek epal kat sini : :


: : Buah epal di luar pagar : :

Sepatutnya lepas petik apel ni, akan pergi ke Coban Rondo Waterfall.
Tapi Pak Pri kata hari dah hampir gelap. Dan perjalanan ke sana ambik masa dalam 45 minit jugak.
So by the time sampai macam dah gelap dan nak kena menapak masuk dalam lagi, so akan ambik masa.
Lagipun masa ni kan lepas hujan, so u know la, pergi air terjun lepas hujan not so good.
Risaukan kepala air.
Makanya, kita langsung saja ke hotel deh…