Blog Maya Dot Com

Surabaya, Indonesia : The Arrival & House of Sampoerna

Assalammualaikum!

Saya update cerita Surabaya dulu lah yer.
Lepas sampai KL je terus saya upload gambar taknak bertangguh.
Nanti sendiri nangis nak update.
Sebab pergi Surabaya ni pun 4 hari 3 malam je, 6 sampai 9 April 2017, so rasanya boleh kot saya update cepat-cepat.
Tinggal termenung mikir nak update cerita Seoul dengan India je lah ni, sebabnya cerita Pattaya pun saya dah habis update.
Korang sabar tau. Insya Allah akan diupdate tinggal cepat lambat je Seoul dengan India tu.

Tiket Surabaya ni saya beli lama dah.
9 Mac 2016. Setahun sebulan lepas.
Dengan harga RM207.84 return untuk 2 orang.
Obviously lah masa ni memang ada promo Air Asia.
Objektif utama sebab nak pergi Bromo.

Hari kejadian macam biasalah, park kereta dekat Putrajaya & Cyberjaya Park & Ride.
Kami sampai ngam-ngam 5.51 pagi. Memang bajet tak sempat dah la.
Tapi alhamdulillah ERL lewat seminit hari tu. So dapatlah kami naik dan sampai KLIA2 dalam pukul 6.20 pagi camtu. Terima kasih Allah!
Terus pergi surau dulu.


: : Encik Z nak makan Burger King tapi saya rasa tak selera pulak. So saya gi kat bahagian Noodles ke apa tah namanya. Makan Kueyteow Sup. RM13. Sedap : :

Korang tau kan sekarang Air Asia dah strict pasal hand luggage.
Dulu orang sesedap tekak je bawak lebih dari 7kg. Dengan saiz beg pun bebesar.
Sekarang bila Air Asia dah kuatkuasakan sepenuhnya 7kg tu both beg kabin dan 1 handbag, ramai la tak puashati.
Tapi nak buat cemana, dah itu memang syaratnya, kita follow je lah.

Saya tak check in luggage sebab memang set takde nak shopping ke apa.
So both saya dan Encik Z bawak beg kabin sorang satu.
Dan Encik Z bawak backpack nak isi botol air, telekung, powerbank, wallet, etc.
Alhamdulilah kami lepas tanpa sebarang halangan.
Ada ramai jugak la kena patah balik sama ada kurangkan barang dalam beg atau pergi bayar check in luggage.
Orang Air Asia ni semua tunggu kat pintu masuk sebelum imigresen.
So ok la kalau kata apa-apa sempat lagi patah balik ke kaunter.

Dalam flight belek menu, wahh terliur-liur jap tengok ada Dim Sum dengan Nasi Kuning Manado.
Saya pergi balik naik Air Asia Indonesia. Sebab tu ada menu ni.
Kalau flight AK memang takdok.
Tapi sebab dah kenyang kan, dan memang set kepala nak tidur, so abaikan food ni semua.
Lets tidur!


: : Kabar baik dari Malang. Heee : :

Flight delayed dalam 15 minit gitu.
Dan perjalanan ambil masa 2 jam 40 minit.
Guess what? Dapat ke tidak saya tidur dalam flight?
Jawapannya, not at all.
Ada sorang budak dok menangis dari mula-mula take off sampaila dalam sejam setengah.
Menangis yang betul-betul menangis meraung-raung.
Selang 2 baris je belakang seat saya.

Kau dah la mengantuk, pastu taktau kenapa dalam flight rasa panas bahang.
Pastu tambah dengan suara budak menangis.
Saya tak faham kenapa mak dia tak cek kenapa.
Lapar ke, pampers penuh ke, sekadar menangis mengada ke apa ke.
Sesunyi dalam plane tu, memang suara budak tu berkumandang.
Dan sebagai mak, kau tak rasa risau ke anak kau menangis non stop selama sejam!

Ok lepas sejam dia stop nangis kejap dalam 15 minit.
Baru la ingat nak try lena, tiba-tiba sambung nangis lagi. Aspalela..
Kalau saya duduk sebelah aisle tu, nak je saya keluar check.
Boleh jugak fefeeling Kak Hasanah tiup ubun-ubun ke apa.
Tapi sebab saya duduk sebelah tingkap, so payahla nak keluar sebab sebelah Encik Z pun ada orang.

Bila announcement nak landing, baru la senyap.
Saya toleh belakang memang tak nampak budak tu.
Encik Z nampak, hmm patutlah senyap. Tidur dah.
Dari tadi taknak tidur, dah nak sampai baru tidur.
Tu budak yang baju merah, tu omaknya. Serius tak paham.

Selepas 2 jam 40 minit selamatlah sampai di Juanda International Airport, Surabaya.
Sampai awal dalam 15 minit jugaklah.
Kat pintu keluar tu saya tengok la orang pegang signboard nama saya.
Sebab memang janji akan ada supir ambik.
Tunggu punya tunggu tak nampak gak kelibat.

Dalam masa yang sama, ada orang dok approach kitorang nak jual simcard.
Saya memang takde niat nak beli simcard call ke, data ke.
Style saya, kalau hotel ada wifi, alhamdulillah. Kalau takde, nggak apa-apa.
I still can live without internet. Gitu.

Saya kata la saya takmau beli tapi nak mintak tolong call kan supir.
Saya try connect wifi airport, tapi orang yang menjual tu kata wifi sini tak ok la apa la.
Kamu tolong call, nanti saya bayar kamu. Gitu saya bagitau ia.
Ia pun ambik la nombor supir tu dan call.
Rupa-rupanya supir tu tunggu belah luar, dah ke arah jalan sana.
Cehh. Awat la tak bagitau.
Yang menjual sim card tu pun, ambik kesempatan nau nau.
Bagitau la, Ibu jalan ke depan lagi Bu. Mungkin supir nya tunggu di luar.
Kan? Haihhh..
Saya bayar RM10 kat mamat simcard tu, pastu terus keluar.
Malas nak fikir.


: : Inilah supirnya. Bernama Pak Priyanto. Saya pendekkan Pak Pri je la. Dah la nama saya salah eja. Naya sungguh : :


: : Tunggu Pak Pri ambik kenderaan : :


: : Terus mintak duit haa. Saya suruh kira there and there jua : :

Supir ni actually dari company yang Kak As rekemenkan.
Kak As pernah guna khidmat company ni dulu masa ia pun datang ke Surabaya.
Tu yang senang saya takyah fikir nak cari-cari dah.
Saya bayar RP4,090,000 untuk 4 hari 3 malam.
All in kecuali hotel dan makan.

Perjalanan dari airport ke Surabaya ambil masa dalam 1 jam.
Jalan boleh tahan sesak.
Tempat pertama kami ialah House of Sampoerna.
Korang tau kan rokok Sampoerna tu?
Haa kat sini segala macam jenis salasilah tentang rokok Sampoerna tu lah.


: : Comey je lukis map ceni : :


: : Motip saya bergaya begitu??? : :

Tempat ni besar. Ada 2 tingkat.
Yang ni sebelah atas.
Dari belah atas ni ada cermin, boleh nampak kat sebelah bawah pekerja tengah bertungkus lumus masukkan tembakau dalam gulungan rokok.
Pekerja dia beratus-ratus kot.
Dan depa bekerja dengan sangatttttttt laju, macam mesin!
Malangnya sini tak boleh snap gambar, so tak dapat la nak share dengan korang.


: : Saya snap curi-curi. Tu belakang sana tu kilangnya : :


: : Jangan lupa sign buku pelawat : :

Decide nak lunch dan solat terus kat sini.
So lepas ni terus boleh ke Bromo takyah stop stop dah.


: : Ada kaitan ke pun? : :


: : Pilihan menu : :


: : Soursoup RP25,000 & Ice Lemongrass Tea RP25,000 : :


: : Encik Z makan Nasi Goreng Kambing RP38,000. Saya makan Bebek Goreng Renyah RP38,000 : :

Memang renyah uolls nak makan itik tu.
Sedih kakak dibuatnya. Dah la renyah, tak sedap pulak tuuu huwaaaaaa..
Kau pernah tak alami perasaan bila makan tapi tak puas.
Rasa nak amukan je sebab makanan tu tak meresap dalam badan.
Hetchu bebek!


: : Encik Z beli rokok Sampoerna ni sekotak ::


: : Ntahlah murah ke tidak. Saya tidak tahu : :


: : Merokok sebabkan kanker tenggorokan, Mas. Kok masih mau merokok? : :


: : Tapi saya suka tengok Encik Z masa ia merokok. Macam seksi je. Hiks : :

House of Sampoerna ni macam aktiviti sampingan je.
Saja saya selitkan sebab ada banyak masa.
Tapi kalau tak pergi pun ok je sebenarnya.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif 
    more...