Blog Maya Dot Com

Surabaya, Indonesia : Masjid Muhammad Cheng Hoo & Sidoarjo

Dalam perjalanan pulang ke Surabaya kami stop kejap untuk melawat dan bergambar di Masjid Laksamana Cheng Hoo.
Mengikut kata Pak Pri, masjid yang sama jugak ada di Kota Surabaya dan di Semarang.
Kiranya bukanlah masjid ni dari zaman dulu kala Cheng Hoo ke apa.
Nama je yang diberi Cheng Hoo ini.
Dan design serta warna yang lebih kurang sama.


Meneruskan perjalanan ke Sidoarjo.

Tempat ni terkenal dengan hasil pembuatan kulit dan jua makanan penduduk tempatan seperti keropok dan kerepek.
Tak stop pun takpe sebenarnya, tapi takpelah, buat syarat dah alang-alang satu jalan.
Memang tidaklah kan saya nak beli barang-barang kulit ini.


: : Popcorn pelbagai perisa. Yang ni saya beli hehe : :


: : Encik Z membelek macam nak beli. Tapi tak beli pong : :

Lepas tu singgah kat kedai yang besarrrrrrrrrrr sangat.
Jual segala jenis kain, fabrik, tudung, seluar eh macam-macam lah.
Ni kalau pergi dengan kawan-kawan perempuan syok la.
Pergi dengan husband, memang krik krik la jawabnya hihi.

Tengah-tengah ni luas gila.
Pilih kain siap duduk bersila.
Baju siap ada, baju tak siap ada.
Kerawang, sulam, plain eh semua ada lah.


: : Saya berkenan kat blouse ala kebaya ni. Kain ia pun nampak eksklusif dan mahal. Fikir punya fikir, ok la beli selai sebelum termimpi mimpi : :


: : Butang tercabut pulak dah. Kena la tunggu budak ni jahit kejap : :


: : Nampak stokin terus mata bersinar-sinar. Beli 5 pasang. Hiks : :


: : Nampak Makcik sebelah saya tu? Eh eh tak menyabar nak bayar sampai disenggol senggolnya saya. Geram pulak. Tak reti beratur ke ek? : :


: : Tu nama tempat ni. Pusat Batik Indah Bordir : :


: : Siap dapat complimentary air teh manis : :


: : Lepak la kejap minum : :


: : Meninggalkan Sidoarjo : :