Blog Maya Dot Com

Surabaya, Indonesia : Gunung/Kawah Bromo

Highlight of the trip ini ialah Gunung/Kawah Bromo.
Memang saya teringin sangat sangat nak sampai kat sini.

Boleh pilih sama ada nak jalan kaki ke arah kawah atau boleh naik kuda.
Saya dah bayar pakej sekalian dengan naik kuda, so naik kuda lah kita.
Kalau kata tak bayar pakej pun, saya akan naik kuda jugak la.
Jauh kot nak jalan tu!
Tapi ada je insan-insan yang gigih menapak huhu.


: : Nampak sayupppp nun kawah Bromo di depan sana. Maafkan Kakak yang tercekci ya.  Nak buat cemana, dah katanya gemuk tskk…  : :


: : Belakang yang hijau tu ialah Gunung Batok : :

Laluan ke Kawah Bromo boleh tahan mencabar sebab tanah tak stabil.
Ada yang jenis pasir halus lembik.
Setiap kuda ada orang yang bawakkan so takde la risau kuda keluar laluan ke apa.
Tapinya kesian la kat Pakcik kuda saya tu.
Terdengar hela nafas dia tercungap-cungap.
Jauh kot!!!

Tu bayangkan sekali trip. Trip pergi balik?
Dan kalau sehari berapa banyak trip dia nak kena jalan?
Sedih lah….
Semoga urusan Pakcik kuda ni dan pakcik-pakcik kuda yang lain dipermudahkan Yang Esa.

Memang ada je yang saya tengok ramai gak yang menapak.
Kalau ada banyak masa dan nak leisure-leisure ok la kot.
Naik kuda ni jimat masa banyak lah.
OK dah sampai kat tepian Gunung Bromo.
Tak tepian sangat la, kena turun dari kuda nak menapak naik.


: : Sedang termenung memikirkan nak daki tangga belakang tu : :


: : Sis cuba! : :


: : Menuju puncak bersama : :

Ambik kau kemain mengah nya ha!
Sis dah nak menginjak ke 40an ni memang dah tak fit dah macam muda remaja dulu.
Pepelan je la panjat anak tangga tu sebab ada je jugak orang yang lagi slow dari sis.


: : Suami sis masih fit walaupun buncit. Eh : :


: : Tang bergambar tetap menten : :

Lereng atas ni memang sempit tau.
Mujur saya pergi masa ni hari Jumaat.
Dengar kata kalau weekend lagi ramai.
Memang kena berhati-hatilah nak jalan atas ni.
Jangan tolak menolak, jangan pentingkan diri.


: : Tu Kawah Bromo bawah tu : :


: : Tu bawah view dari arah kuda datang tadi : :


: : Asap tak henti-henti keluar : :


: : Bunyi bising macam dalam kilang : :

Gunung Bromo menjadi tumpuan pelacong dalam dan luar negara kerana statusnya sebagai gunung berapi yang masih aktif.

Sejak abad ke-20, gunung yang terkenal sebagai tempat pelancongan itu meletus sebanyak tiga kali, dengan selang waktu yang teratur, iaitu 30 tahun. Letusan terbesar terjadi pada tahun 1974, sedangkan letusan terakhir terjadi pada tahun 2001.

Haa masih aktif tau. So memang berdoa je la supaya takde kejadian tak diingini berlaku masa saya pergi sini.
Tak silap saya pernah ada pelancong dari Singapore kot jatuh dalam kawah ni tau.
Tu Pak Pri la yang cerita. Memang tak boleh buat apa la sebab depa degil nak jugak jalan ke tengah-tengah sana.

Dalam gambar bawah ni cer korang zoom.
Nampak tak macam ada dot cenonit kat tengah-tengah tu.
Tu orang ok?! Jauh gilaaaa dia jalan.
Dan kat sebelah sana tu dah takde macam penghalang besi tu.
Even ada penghalang besi pun rasa tak selamat, ini pulak takde.
So scaryyyy!


: : Bila tengok gambar ni baru rasa macam cuak. Kalau tersadung memang arwah la jawabnya. Encik Z dok tarik-tarik saya. Sayang jugak awak kat saya yer? Hiks : :


: : Dalam 20 minit kat atas tu, jom lah turun : :


: : Turun tak la letih dan sakit kaki sangat kan : :


: : Ramai jual bunga ceni. Saya tak sentuh so taktau bunga betul ke tipu ke : :


: : Jom patah balik ke sana! : :


: : Sis berjaya walaupun terponggeh ponggeh : :


: : Kuda yang saya naik tadi tu namanya P.Nan.  Kena la cari dia balik nak turun : :


: : Lautan kuda : :


: : Turun ni lagi terseksa oii. Kejung badan tahan dari terjatuh huhu : :

Ada orang datang menjual masa kitorang tengah tunggu Pak Pri settlekan payment pada pakcik-pakcik kuda.
Tapi tu lah, memang tak berniat nak membeli sebab tak check in luggage kan.
So trip kali ni takde la tshirt untuk anak-anak saudara.

Alhamdulillah saya berpuas hati dapat jejak dan saksikan sendiri keindahan Gunung Bromo ni.
Boleh strike out satu wish list.
Korang yang suka travel, kalau belum sampai ke sini, wajib datang tau!