Blog Maya Dot Com

Surabaya, Indonesia : From Sura & Baya to Cemara Indah

Dari House of Sampoerna terus ke Kebun Binatang Surabaya aka Zoo.
Tapi bukan nak masuk dalam pun, cuma nak bergambar kat patung Sura & Baya je.
Patung ke orang panggil? Ke monument? Ke statue? Ntah ler. Janji paham sudah.
Tapi kalau sampai Surabaya, tak bergambar kat sini macam tak sah la.

Sura maksudnya jerung. Dan Baya maksudnya buaya.
Itulah jadinya Surabaya.

Mengikut mitos, dua makhluk ini iaitu jerung putih gergasi dan buaya putih gergasi berlawan antara satu sama lain untuk mendapatkan gelaran “haiwan yang paling kuat dan paling berkuasa di kawasan itu.

Maksud tersirat rakyat Surabaya seperti menghormati dan mempercayai kepimpinan ketua bandar. Berani menghadapi bahaya. Tapi ada jugak cerita lain mengatakan ada dua wira yang berlawan di antara satu sama lain untuk menjadi raja di bandar ini. Dua wira itu yang bernama Sura dan Baya.
Nama pun mitos kan.

Sentap bila tak boleh masuk dalam nak bergambar.
Mr Pri kata, banyak sangat kerosakan belah dalam tu, sebab tu depa letak garisan kuning.
Bergambar dari jauh je la huhu.
Teringat ada satu rancangan Astro dulu, Yus & Tokey Jambu ada datang sini.
Al Fatihah untuk arwah Yus 🙁

: : Jauh kan? Huhu : :

: : Garang nau harimau ni : :


: : Kalau tengok dari belah bawah ni nampak buaya gigit sirip jerung : :


: : Sian gajah. Ekor pun dah mereput : :


: : Pun tak pasti kenapa saya posing begini : :

Teruslah meneruskan perjalanan ke Bromo yang mengambil masa selama 3 jam setengah.
Di pertengahan jalan stop untuk dinner.
Besar gila kot kedai makan ni. Dah macam hall untuk wedding dah.


: : Es jeruk dan kopi hitam pekat : :


: : Saya order Nasi Sup Rawon. Uwaaaaa tak sedap : :


: : Encik Z order nasi goreng. Pun bagi saya tak sedap huhu : :

Sekali lagi perasaan tak puas meresapi diri.
Haihhh kita selalu makan kenyang kan?
Ni makan rasa tak kenyang dan tak puas eiieieieiiie.

: : Beli biskut dan air : :

Memang mencabar betul nak sampai kan ke Bromo haaa..
Jalan berlubang-lubang berbukit-bukit.
Masa tu pun dah gelap.
Waktu lalu jalan hutang kiri kanan, boleh pulak si Pri ni pasang lagu ala-ala lagu berhantu.
Penyanyi perempuan. Suara mendayu-dayu. Meremang bulu roma.
Dalam pukul 8.30 malam camtu selamatlah sampai di Hotel Cemara Indah.
Saya book hotel ni via agoda.com.
Memang hotel ni yang paling OK dan paling strategik mengadap Bromo.
Harga RM157 1 malam. Standard room.

Turun-turun dari kereta, terus diserbu oleh penjual-penjual.
Nak jual snowcap lah, glove lah, jaket lah, stokin lah.
Kita dah la tengah penat-penat, dok main terjah-terjah nak menjual.
“Sejuk Bu di atas sana Bu. Beli snowcap Bu”
“Saya pakai tudunglah. Motip nak snowcap bagai” Gitu ku merengsa.

Kat kaunter check in tu pun sama.
Beria staf tu suruh kitorang sewa jaket/coat.
“Di atas sana itu sejuknya luar biasa Bu. Jaket Bapak ini bisa tembus”
Masa tu Encik Z pakai sweater Australia tu.
Hello, kami dah buat persiapan ok. So pls.

Bilik memang takde aircond sebab sini memang sejuk.
Gunung katanya kan.
Bilik ok la just nice nak tidur 1 malam.
Katil empuk, tilam sejuk. Yang paling best ada 4 bantal sorang.
Memang lena tidur haa. Kena tidur awal sebabnya esok pukul 3 pagi dah nak gerak.

: : Jenuh saya tunggu air panas tu tak keluar-keluar, last-last fedap mandi je air sejuk. Fuhhhh dia punya sejuk, hampir-hampir saya keras menjadi ais : :

Awal saya lena dalam pukul 10 malam camtu.
Kepala pun dok nyut-nyut.
Selamat malam Bromo. Jumpa esok!