Blog Maya Dot Com

Shopping Part 2

Lepas sesi Batik Painting kat MAG, saya dengan Yaya pergi Sri Rampai.
Nak tempah baju untuk Aidil Adha.
Kelas ke idok, Aidil Fitri belum lepas dah tempah baju Aidil Adha.
Hiks.
Pergi kat tailor biasa saya tu lah, Kak Min.
Kenapa tak jahit sendiri macam dulu?
Mesin jahit saya dah arwah dan tak kuasa dah nak beli baru.
I got no time u know. Sekarang ni masa makin mencemburui.
Ni dapat update blog ni pun dah kira beruntung tau.

Yaya berangin je, kain-kain yang saya beli dari Medan dulu still tak habis-habis lagi.
Dia dah feeling nak beli baju fesyen corak lain dah ha.
Bertabahlah nak. Ada 2 pasang je lagi ni ha.
Lepas ni Mommy pencen lah beli kain pasang hehe.


: : Lepas tu singgah AEON Wangsa Maju nak beli bra panties Yaya. Beli jugak 2 helai seluar palazo untuk dia : :

Malam tu kotakan janji nak pergi Jalan TAR.
Saya  mandi basuh muka pakai bedak wangi-wangi semua nak elakkan mengantuk dan mengamuk lulz.


: : Beli sehelai baju kurung untuk Yaya. Saja buat basah-basahan tukar-tukar. Raya kan, nak pergi makan sana sini : :


: : Singgah CK Rahim cari brooch dengan pin. Beli la berapa banyak pun, tetap lah ghaib : :


: : Umat manusia yang meramai : :


: : Beli jubah Yaya kat Muaz : :

Early sahur kat Old Town Sri Rampai.
Memang kalau dah taktau nak makan kat mana, sini je la kami tuju.

Lepas tu jalan-jalan cuci mata kat Bazar Larut Malam Sri Rampai.
Berdepan je dengan Old Town tu tadi.

Pagi tu sahur masing-masing bangun minum air je sebab kenyang lagi.
OK selesai hutang Mommy nak bawak Yaya jalan-jalan kat Jalan TAR.
Lega.