Blog Maya Dot Com

Rumah Tamu Datin Halijah

Hari-hari pergi balik kerja memang lalu depan Rumah Tamu Datin Halijah ni.
Tengok buffet RM50 dewasa.
Tapi di hari kejadian iaitu 11 Ramadhan, ada promo RM40 dewasa.
Tanya Encik Z nak tak bawak Yaya berbuka kat sini.
Dia kata OK, so ke sanalah kami.
5 minit je pun dari KSU.


: : Jubah saya tu Kak As bagi, dari Mekah/Madinah sana : :

Saya syak tokey tempat ni orang Johor kot.
Sebab depa bukak radio Johor.
Tau lah kan Johor berbuka awal dari KL.
So berkumandanglah azan dari radio Johor tu dalam pukul 7.15 tak silap.
Dah semua orang tercengang-cengang.

Dah nak habis azan baru staf depa perasan, laju-laju off kan radio.
Eh bukan off kan, tapi tukar siaran lain ada lagu-lagu.
Dan sudahnya bila dah waktu berbuka, takde azan.
Aduhai. Sepatutnya pihak depa kena lebih peka lah.


: : Ni pinggan saya : :


: : Udang kecut dan kurang fresh : :


: : Air jagung ni sedap : :


: : ABC yang 5 saat dah cair dan Rojak : :


: : Kambing bakar dia macam keras sikit : :

Ada cerita sikit pasal kambing bakar ni.
Saya je sempat ambik sebab lepas tu dah habis.
Ada sekali tu saya gi ambik lauk, Encik Z gi solat, Yaya sorang je kat table.
Boleh staf depa gi kat table kitorang dan ambik pinggan kambing yang masih ada lagi kambingnya.
Memanglah dia tanya Yaya, tapi budak kecik kot.
Lagipun kau tengok kambing still ada lagi, motiplah kau dah angkat pinggan!

Lepas-lepas tu bila kitorang dah habis makan, ada pinggan kotor yang kosong, takde pulak sapa nak angkat.
Kadang orang yang tak menyabar nak angkat pinggan ni pun boleh bikin urut dada kan.

Lauk pauk dia OK la boleh tahan sedap jugak.
Yang pasti banyakkkk gila. Dah dekat pukul 9 malam still banyak lagi.
Macam food sampingan lain pun ada jugak.
Yong tau foo, cekodok, mee goreng segala.
Tapi ntah, macam tak berapa nak lalu.


: : Sebelum balik ngap biskut kelapa ni. Favourite saya. Kalau pergi Melaka mesti beli : :

Kesimpulannya, ok ok aje lah kot.
Seperti biasa, ini pandangan dari kaca mata seorang Normaayah.
Mungkin dari pandangan kaca mata seorang Noorzaayah adalah berbeda.

    2 thoughts on “Rumah Tamu Datin Halijah