Blog Maya Dot Com

Ramadhan Part 4

Lepas Yaya balik Taiping saya dah takde dah beli lauk masak memasak ni.
Sahur dengan berbuka main-main je.
Makan apa yang terasa nak makan. Kira takde beria dah.


: : 24 Ramadhan. Lepas berbuka lite lite, pergi makan kat Nasi Ayam Chee Meng : :


: : Teh O RM2.50. Mahal kan huhu : :


: : Pergi Jalan TAR nak cari anak tudung. Nampak fake dUCk Alhambra. Kakak punya beli online pun tak sampai lagi masa ni, dah ada yang fake? Haihhhhh : :


: : Sempat lagi beli tudung online. First time ni saya beli Marshmallow Scarf. Tudung sarung yang super duper selesa : :


: : Nie je kerepek kekacang biskut tahun ni. Kekacang dengan kerepek tu beli dari kawan office. Biskut cornflakes dengan cookies tu Kak Tin bagi.  Sarang semut tu je saya beli dari Atie. Sedap baqhang : :


: : Apa tebiat semua berunsur ikan bilis dan petai. Konon ingat selera, tapi separuh pun tak habis. Ujung-ujung puasa tu memang kurang selera dah : :


: : Ni pun sama. Tak habis pun : :

Keluar pergi Sunway Putra Mall sebab nak beli hadiah untuk Mawaddah.
Memang dah nampak satu anak patung comel kat Kaison.
Makan kat Absolute Thai.

: : Sementara tunggu food sampai, pergi beli Starbucks dulu. Macam biasa la Starbucks ni promo buy 1 free 1 lah, pay half get full lah : :

Masa food sampai tu saya takde kat table lah kan sebab pergi beli Starbucks tu.
Bila saya sampai, Encik Z bagitau saya Kat mana ke cashewnut nya?
Awak tanya tak kat diorang?
Tanya kat budak perempuan tu. Dia cuma jawab entah. taktahu.
Hek eleh.. napa tak panggil Manager dia?
Malas lah.

Kalau saya ada kat situ tau lah nasib depa.
Nak komplen tak boleh dah la sebab Encik Z dah makan banyak dah.
Gambar food atas tu dia yang snap tapi tak bagitau saya masa tu.

Encik Z yang dah 100 tahun tak log in Facebook setiba-tiba update status tu haaa betul la dia marah tu.
Yer Encik Z memang tak heran segala mala media social ni.
Facebook dia ni pun saya yang create lepas kitorang nikah dulu.
Sebelum tu memang nan adoo dia Facebook segala ni.
Ntah-ntah kalau saya tak create, sampai la kot takde Facebook dia ni.



: : Singgah beli bunga api kat Taman Dato Senu : :


: : Terima kasih kawan-kawan office yang menitipkan duit raya untuk Yaya : :

Saya bertolak balik Taiping hari Sabtu, sehari sebelum raya.
Gerak dari KSU pukul 9.30 pagi, jalan sesak sesungguh.
Plus Zalmi mengantuk. 2 kali kot berhenti dia tidur dalam setengah jam.


: : Tanda boring : :


: : Tak penah-penah buat benda ni semua. Nampak nau boring jalan jem sampai tak bergerak : :


: : Nonton Cerita dari Mastika. Encik Z download : :

Akhirnya pukul 4.30 petang baru selamat sampai kat TLJ, Taiping.
Kurang lebih dalam 7 jam jugak la perjalannya. Tskkk..


: : Mama buat nasi ulam lagi. Yey! : :


: : Dah Tingkatan 1 pun main bunga api lagi ke : :


: : Posing sebelah kaki namanya : :

Esok Raya! Yey!