Blog Maya Dot Com

Surabaya, Indonesia : Penanjakan

Pukul 2.30 pagi dah bangun siap-siap nak ke Penanjakan.
3 pagi si Pak Pri tu dah tunggu kat depan reception.
Lalu bertolaklah kami dengan menaiki jeep menuju ke Penanjakan.
Laluan ke sana sungguh la mencabar.
Konon saya ingat nak la melelapkan mata.
Habis dah terlompat lompat kenderaan, cemananya nak lelap mata.

Selepas 45 minit sampailah kami ke kaki Penanjakan.
Penanjakan ni adalah tempat di mana kita nak tengok sunrise.
Kira spot paling strategik lah.
Kena keluar awal tu bukannya apa.
Sebab kalau lambat, nanti kena park jeep jauhhhhhhhhhh.
Dah la nak naik ke atas Penanjakan tu kena menapak mendaki.

Awal lagi kan, baru pukul 4 pagi camtu.
So duduk kejap mengeteh.
Saya bawak biskut Oreo, so ngap la sekalian buat alas perut.


: : Kalau nak makan Pop Mie ada ni ha : :


: : Dalam kedai : :


: : Luar tu ha gelap gelita : :


: : Jagung bakar! Tapi ntah la kenapa saya tak beli huhu : :

Macam tak logik je kan pergi Indonesia tapi bawak/pakai winter coat hehe.
Winter coat Olaf tu memang kesayangans, kalau boleh pegi mana-mana negara sejuk memang nak bawak.
Dalam 4.30 pagi camtu menapak naik dalam 500 meter.
Dah ramai orang dah masa ni.
Kami sewa tikar dengan harga RP10,000.
Duduk lah menanti dengan penuh harapan yang kesamaran.

Kesamaran bukan apa.
Cuaca mendung, berangin dan gerimis.
Rasa macam takde kot sunrise nih.
Tapi di sudut hati mengharap jua la kan.


: : Menunggu di dalam kgelapan dan kesejukan : :

Sejukkkkkkk.
Winter coat olaf saya tu bukan la tebal mana pun.
Masa saya pergi Korea tu saya pakai long john kat dalam.
Yang ni takat blouse biasa je kat dalam tu.
Memang sejuk ahhh. Bertabah je la menahan tetambah bila angin setiba-tiba bertiup.
Gigil!!!


: : Ramai sangat orang. Semua pun menanti dengan penuh pengharapan : :


: : Korang nampak tak ada cahaya tu? Ada ke Encik Z ingat yang tu matahari. Tu lampu orang lah! Pffttt… : :


: : Menginjak ke jam 5.30 pagi. Memang berkabus sangat-sangat. Takde rezeki nak tengok sunrise : :

Sama macam saya pergi Jogja dulu.
Kan nak tengok sunrise kat Punthuk Setumbu tu, tapi tak kelihatan.
Tapi sekurang-kurangnya tak lah sekabus macam ni.
What to do….


: : Semakin cerah : :


: : Kita bergambar je lah : :


: : Ni kawasan rehat dan solat. Belakang tu toilet. Toilet ia bersih je : :

Masa tengah tunggu Encik Z masuk toilet, angin kuatttt dan gerimis lagi lebat.
Sejukkkkkk. Adoii..
Makanya korang kalau ke sini sinilah bawa baju tebal ya.


: : Beli fridge magnet kat cewek ini. Flawless kulit ia : :

Takde orang yang merimaskan ikut-ikut kita tu sebab saya approach je cewek atas ni.
Saya beli 3 keping je fridge magnet. RP15,000 satu.
Kalau nak beli, korang beli je terus, jangan nak nanti-nanti ke apa.
Takut kat tempat lain dah tak jumpa dah.


: : Gerbang dari arah laluan turun : :


: : Gerbang dari arah laluan naik : :


: : Sekarang nak gerak ke Kawah Bromo pula. Ayuh! : :