Blog Maya Dot Com

Surabaya, Indonesia : Makam Sunan Ampel dan Plasa Jembatan Merah

Sepanjang jalan tu si Pak Pri dok bergayut lagi kat handphone.
Nak kepoci tak boleh pulak sebab memang bahasa Jawa ia pekat nau nau.
Macam biasa perjalanan dalam 3 jam jugak la.
Terus menuju ke Makam Sunan Ampel.
Yang ni pun sebenarnya macam tambahan je jugak.
Kalau singgah ok, tak singgah pun tak apa-apa.
Oleh sebab ada masa, so iya iya lah kita singgah.

Sunan Ampel adalah salah seorang wali di antara Walisongo yang menyebarkan ajaran Islam di Pulau Jawa.
Semasa kematiannya, suasana sangat sedih dan mengharukan bagi umatnya kerana Sunan Ampel dianggap sebagai seorang guru yang pengaruhnya sangat besar dalam penyiaran agama Islam di pulau Jawa.

Kat laluan masuk ada banyak kubur-kubur.
Tak pasti saya kubur siapa.
Tapi agaknya mestilah ada kena mengena dengan Sunan Ampel jugak kan?

Kami dibawa pusing sekitar makam oleh sorang Pakcik ni.
Dia bagi penerangan dalam bahasa Indonesia pekat jugak, tapi boleh la faham sikit-sikit.
Saya nak explain sangat kat korang pun takut salah fakta.
Yang pasti Pakcik ni bukan calang-calang.
Cara dia bercakap dan pengetahuan yang dia ada tu seriously kitorang kagum ah.
Semoga Pakcik ni panjang umur dan dipermudahkan urusan menjagaselia Makam Sunan Ampel ini.
Amin…

: : Gambar ni pun dia yang offer nak snapkan : :

: : Kat belah luar ada tempayan-tempayan air : :

Kami meneruskan perjalanan ke Plasa Jembatan Merah untuk lunch, shopping dan bergambar di Jembatan Merah.
Pak Pri tunggu kat kereta.
Lunch kat food court je lah senang boleh pilih nak makan apa.


: : Soda gembira : :


: : Encik Z makan ayam : :


: : Saya makan Ikan Gurame Bakar. Dappppp : :

Jalan pepusing banyak gak la kain-kain dijual.
Tapi saya tak check in luggage kan, so takmau la nanti terlebih berat ke apa.
Lagipun fokus ke Surabaya ni sebab nak gi Bromo je.
Shopping moping ni memang tak termasuk dalam plan ya.

Teringatkan baju hitam yang saya beli tu takde kainnya, melilau gak la mata cari kot ada yang sesuai.
Nampak la satu hitam putih coraknya, so ok la beli bagi melengkapkan baju itu tadi.
Kang satu kerja pulak nak cari kain.
OK setel.


: : Beli sehelai tshirt tulis Suraboyo untuk Yaya. Siap boleh tulis nama kat belakang. Punya laju brader ni jahit haaa : :

Jalan kaki ke belah luar sebab nak bergambar kat Jembatan Merah yang terkenal itu.
Jembatan Merah merupakan salah satu monumen sejarah di Surabaya.
Jembatan ini menjadi penghubung antara kawasan Kalimas dan Gedung Karesidenan.
Kawasan Jembatan Merah ini dikenali sebagai kawasan komersial dan perniagaan untuk penduduk setempat.

Kenapa dinamakan Jembatan Merah?
Kerana di sinilah terjadinya pertumpahan darah antara pejuang Indonesia dengan penjajah.
Di sinilah seorang pemimpin angkatan bersenjata Inggeris telah dibunuh oleh pejuang Surabaya.