Blog Maya Dot Com

Surabaya, Indonesia : Bukit Teletubbies & Pasir Berbisik

Menyinggah kat Bukit Teletubbies dan Pasir Berbisik.
Memula pergi Bukit Teletubbies dulu.
Nama betulnya ialah Padang Savanah.
Orang keliling je bagi nama Bukit Teletubbies sebabnya bukit tu memang sama macam dalam program Teletubbies tu! Hehe.
Tak caya korang cer nonton Teletubbies cer.

Ramai jugak orang tetepi tu melepak minum picnic bagai.
Saya turun bergambar je lah.
Korang kalau gi sini pakai la baju warna terang.
Menyerlah dalam gambar.
Baju saya tu memang merah tapi ada garis hitam, nampak macam suram pulak kan.
Hmm..


: : OK sekeping with my boyfriend. Masih sejuk lagi tau masa ni : :


: : Tengok belakang tu meriah kan jual jualan : :

Perjalanan diteruskan ke Pasir Berbisik.
Actually masa datang tadi dah lalu dah kat sini.
Pasir Berbisik ni macam lautan pasir yang luas saujana mata memandang.
Pasir halus warna hitam. Tapi pasir lembab sebab hujan gerimis kan.

Tahun 2001 sebuah filem bertajuk Pasir Berbisik pernah menjalani penggambaran di sini.
Pelakon utamanya ialah Dian Sastrowordoyo.
Dan filem tu menang banyak anugerah termasuk Artis Wanita Terbaik.
Tak pastila nama tempat ni dipanggil Pasir Berbisik lepas filem tu ke atau memang dari dulu dah dipanggil Pasir Berbisik.


: : Angin kuat masa ni. Tengok la tudung saya terbang tu. Tapi lawa lah kombinasi merah kuning. Saya suka! : :


: : Bergerak meninggalkan Pasir Berbisik : :

    One thought on “Surabaya, Indonesia : Bukit Teletubbies & Pasir Berbisik

    1. Masy

      masa tengok kat gambau atas2 tu sy pun terpikir kalau akak pakai baju kuning mesti menyerlah. skali jeep pun kuning soo oklah.. sibbaik tak pakai kaler kuning, kot tak kompius pulak yg mana jeep yg mana kakak ostajah hahahahahha

      bestnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee