Blog Maya Dot Com

Batik Painting @ MAG

15 Ramadhan.
Saya register Yaya masuk program Batik Painting dekat MAG, Sasana Kijang.
Saja lah bawak dia keluar buat aktiviti sikit.
Kesian jugak cuti sekolah tak buat apa, tak ke mana.
Dah bulan puasa kan, nak buat cemana.
Tapi ok la, jimat duit tak yah gi jalan hehe.


: : Lukisan dan corak yang boleh dipilih : :


: : Wakil MAG tunjuk demo : :


: : Yaya pilih wau : :


: : Siap! : :


: : Oleh sebab ada masa lagi, dan lukisan pun masih banyak, pihak MAG bagi je sesiapa nak warna lagi.  Kali ni ambik kucing pulak : :


: : Mata kucing tu cam ‘mata ke atas tangan di dada’ : :

Dekat MAG ni macam-macam aktiviti ada untuk kanak-kanak.
Tapi dah Yaya tak duduk dengan saya kan, tak boleh la nak hantar dia join program kat sini.
Dulu dia pernah join program buat sabun.
Biasa bulan 12 lagi macam-macam program kat MAG ni.
Thank you MAG!