Blog Maya Dot Com

3 Syawal

Tengah hari 3 Syawal dah siap-siap nak gerak balik Taiping.
Keluar sekali dengan yang lain sebab depa nak pergi Family Gathering family sebelah arwah Abah kat Sempeneh.
Saya tak dapat join lah sebab esoknya 4 Syawal saya dah kerja dah.

Kita OOTD dulu.
Kain baju kurung saya tu Kak As bagi.
Dari Ho Chi Minh sana. Kain sedap tak yah iron beria.
Tudung bawal Naelofar dah pernah pakai.

Ramai dok komen kata Yaya dah besar, anak dara sangat dah.
Sebab depa dok tengok Yaya kat blog ni dari Yaya baby kan.
Dah 13 tahun. Thanks korang yang masih setia baca blog saya ni.
Takde apa sangat pun cerita kat blog saya ni dah.
Saya masih bertahan sebab nak tinggalkan memori/kenangan je.
Yang dulu saya merepek menulis yang tak memberi faedah tu korang lupakanlah yer.


: : Nak pulak Maamar tu naik kereta Abang Long : :


: : Sampai hati awak tunjuk bontot kat Mommy, Mawa : :


: : Singggah Taiping Sentral jap beli Starbucks bagi menahan mata dari kemengantukan : :

Dalam perjalanan balik ke KL dapat whatsapp dari Keluarga Puan Normah.
Gambar-gambar depa kat sana.
Saya letak sikit je lah.



: : Yaya pun pandai buat instastory tau. Like mommy like daughter gitu : :

Mama siap masak laksa sebab request dari anak-anak saudara ia.
Memang itulah peel Mama. Kalau ada adik beradik anak saudara request nak makan itu ini, biasanya Mama akan usahakan.
Laksa Mama buat memang sedap. Memang belah arwah Abah semua suka.
Ingat Mak Ngah, ingat laksa. Gitu…

Seronoklah tengok Mama happy dapat jumpa semua ipar duai biras, anak-anak dan cucu-cucu saudara sebelah arwah Abah.
Memang Mama rapat dengan diorang walaupun lepas arwah Abah dah takde.

Dari Taiping pukul 12.30 tengah hari.
Sampai KSU pukul 6.30 petang. Boleh tahan highway sesak jugak.
Stop kat Jejantas Sungai Buloh solat dan beli sate untuk dinner.

Khairul rajin edit gambar-gambar Raya dari Grup Kita-Kita Aje.
Lawa-lawa semua berbaju raya, kecuali Faizal.
Nak kata dia beraya kat Mekah rasanya tak pulak.
Apa-apa lah Faizal. Ni kira oklah ni dia nak bagi gak gambar.
Suka sangat tengok semua ceria je.

Itu sajalah cerita Raya saya.
Raya korang macam mana?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif 
    more...