Blog Maya Dot Com

2 Syawal : Big Family & Mawaddah Turns 1


: : Pagi 2 Syawal dah nampak budak ni tengah busy : :


: : Bestfriend berdua ni apa la yang tengah sembang tu : :


: : Mak Jemah sangat kan : :

OOTD 2 Syawal.
Baju kurung saya tu pun kainnya dari Medan sana.
Lama berperam kan sebab memang plan nak pakai buat untuk raya.
Tudung sarung dari Cloverush.
Handsocks dari @staymodesty .


: : Yaya dan inainya. Katanya sempat hilang sebelum sekolah bukak. Aha, suka hati lah nak : :


: : Kita bergambar dulu sebelum tetamu sampai : :


: : Berbiru di Syawal ke 2 : :


: : Taktaulah sampai bila Yaya nak sedondon dengan saya : :


: : Banyak kali snap nak pose ala ND dengan Nedim. Tapiiii…. pikirlah sendiri : :


: : Kesayangan : :

Hari ni ada majlis birthday Nurul Mawaddah.
Birthday dia actually 28 Jun. Tapi dah alang-alang semua ada ni kan, tu yang cepatkan sambutan 2 hari.


: : Ada nama Maamar sebab birthday Maamar 28 Mei hari tu : :


: : Gambar keluarga. Boleh la ni dari takde : :


: : Happy 1st Birthday Nurul Mawaddah Mahathir! : :

Syawal ke 2 ni pun jugak adik beradik Mama nak datang beraya.
Dengan anak-anak cucu semua lah.
Depa ada grup Whatsapp dipanggil Big Family.
Memang big betul hehe.

Food memang meriah la.
Pagi-pagi makan 3 jenis nasi goreng Mama buat.
Pastu bihun sup ayam. Lauk pauk.
Kembung goreng, sambal itik, ketam masak lemak nanas, kari ikan, sambal udang.

Mama ada 9 orang adik beradik
Mak Long, Mama, Pak Lang, Pak Njang, Pak Ndak, Pak Teh, Mak Tam, Auntie Salmi dan Mak Su.
Pak Lang dengan Pak Ndak dah meninggal dunia.
Tok & Tok Wan pun dah takde.
So depa tinggal 7 beradik lah la ni.


: : Malam tu keluar pergi Taiping Sentral sebab Encik Z nak cari seluar. Yaya pulak nak makan aiskrim Baskin Robbins : :


: : Lepas tu gi Taiping Sentral, ingat nak cari aiskrim Cendol kat Mcd. Tapi dah habissss. Sob sob sob. Lepak Oldtown je la makan dan berborak anak beranak : :

Watamat Syawal ke 2.