Blog Maya Dot Com

1 Syawal @ Semanggol & Asam Kumbang

Pukul 12 tengah hari camtu siap-siap gerak nak pegi beraya rumah Maklong kat Semanggol.
Saya pernah cerita dulu, kalau raya kat Taiping memang rumah Maklong je lah yang utama dituju lepas arwah Tok dan Tokwan meninggal dunia.
Esok-esok mokata Maklong pun dah takde, hmm memang takde arah dah nak dituju.


: : Oleh sebab lupa nak salam minta maaf kat rumah tadi, so salam kat rumah Maklong je lah : :


: : Gelongsor legend ni : :


: : Nasib baik Yaya tak naik dah gelongsor ni. Kalau tak mau Mommy pengsan : :


: : Adik-adik main gelongsor, kakak-kakak makan : :


: : Maklong masak mee kari : :


: : Balqis yang kehausan. Cer korang tengok kain ia tu : :


: : Jenis kain yang memang senang tetas. Low quality. Sian Balqis : :


: : Rendang itik : :


: : Baru lepas sesi luahan perasaan Yaya kepada Ayah : :


: : Duit raya jangan dilupa : :


: : Tak ramai yang ada kat rumah Maklong : :


: : Anak pertama dan anak kedua : :

“Maklong, cer senyum sikit”
“Senyum dalam kepura-puraan”

Takpe Maklong, kadangkala dalam hidup kita, kita kena berpura-pura.
Saya selalu macam tu 🙂


: : Sepupu saya, Jay Jay meniaga pakaian bundle : :

Ceritanya saya tengah makan kat dalam sambil sembang-sembang.
Tanya Yaya mana kat Kaklong.
Pastu Kaklong kata tu kat luar main buai.
Saya pun jenguk ikut tingkap, Yaya pun pandang arah saya.
Setiba-tiba kepala dia tak kelihatan, kedengaran suara ‘Adoii”
Jatuh buai uolls.

Lepas tu masuk-masuk rumah, “Ayah la tadi ni. Ayah main buai, tali buai ni putus Mommy”
“Eh apa hal pulak salahkan Ayah”
Pastu Caca menyampuk “Aah Mommy, tadi Ayah jatuh buai”
Adoii la dah kenapa anak beranak kemaruk main buai ni.
Sekarang siapa nak ganti rugi kat Tok Long ni. Tskk..

Yaya ni kategori rendah gak ni.
Yela tu dah nak sama dengan Caca yang darjah 5.
Tengok kawan-kawan Yaya semua tinggi-tinggi dah ha.


: : Singgah Asam Kumbang, rumah Pak Ngah kepada Abang Long : :


: : Soto ayam sedap! : :


: : Balik singgah cuci kereta. Caca dengan Qis terkagum-kagum sebab Babah depa tak pernah cuci begini : :

Saya teringin Aiskrim Cendol kat Mcd.
Ada saya tengok sapa ntah share gambar kata sedap.
Pergi la kat McD Taman Tasik.
Katanya cuma ada kat Taiping Sentral.
Ah malas lah nak patah balik arah sana.
Nak beli aiskrim je untuk anak-anak tapi katanya aiskrim lagi 20 minit pulakkk.

So menuju ke McD Simpang.
Cuba la nasib tanya Aiskrim Cendol tu.
“Aiskrim cendol kat Taiping Sentral saja!”
Amboiii garang hampa nooo.
Beli aiskrim je la untuk anak-anak.


: : Kira duit raya. Masa ni hasil kutipan Yaya RM290. Boleh tahan : :


: : Malam tu makan durian. Tapi tak sedap! Kerasss! : :


: : Anak-anak baling pop pop kat Ayah : :


: : Malam tu depa main Saidina. Saya layan sekejap lepas terus zzzzzz : :