Blog Maya Dot Com

1 Syawal di TLJ

Last saya raya kat Taiping tahun 2013.
So selepas 4 tahun, baru lah beraya semula di Taiping.
2014 kat Jasmine.
2015 kat Jasmine.
2016 kat KSU (rumah sewa).
InsyaAllah kalau panjang umur tahun depan raya kat KSU, rumah sendiri pulak. Amin.


: : Menu raya kita : :


: : Anak dara teman Opah gi solat raya : :


: : Aisya yang sibuk nak tolong isi duit raya tapi tak reti : :

Gambar bersalam-salaman raya dengan pelbagai kerenah dan gaya.
Layankan aje.


: : OK semua dah balik solat sila makan dan bertenang dulu sebelum bersalaman dan sesi bergambar : :


: : Yaya tu tahan nak nangis je tu. Dia tengok saya nangis, pastu dia ‘Mommy ni jangan laa’.  Sesekali nak jugak melepaskan perasaan kan : :


: : Kaklong tu happy bebenau sebab saya bagi duit raya. Aterrrr dah tak kerja kan, dapatlah duit raya. Kalau kerja, takde la bagi duit raya haha : :


: : Salam dengan Mama kali ni pun saya lepaskan je perasaan rasa nak nangis tu. Banyak oiii dosa saya dengan Mama. Dari kecik sampai tua bangka ni asyik susahkan Mama je sob sob : :


: : Terngongoi ngongoi Mama nangis masa Encik Z salam ia. Gamak kasihan dengan Encik Z berbinikan saya yang ada sifat naga sikit : :


: : Bila saya tanya Encik Z dia bagi berapa RM kat Yaya, dia tanya saya balik “Kenapa nak tau?” Tsk..


: : Ayah saudara kesayangan ni : :


: : Mommy jangan macam-macam. Jangan sampai Mawa garu Mommy dengan garpu ni : :


: : Keluarga Kaklong : :


: : Keluarga saya + Mama : :


: : Kami 3 beranak : :


: : Keluarga Adil + Mama : :


: : Sepupu sama sebaya berbeza bulan : :


: : Lagi 10 tahun kita buat posing macam ni lagi : :


: : Opah dan cucu sulung : :


: : Kami 3 beradik. Sukalah gambar ni. Semua ceria : :


: : Z & M. Patut lepas snap gambar ni nak salam bermaaf-maafan tapi boleh lupa pulak. Adoiyai : :

Kain saya dan Yaya tu yang saya beli lama dulu kat Medan.
Memang 3,4 tahun kebelakangan ni dok ulang buat baju raya sama sefesyen je la.
Yaya dah naik berbulu dah haa kena pakai baju jenis sama haha.
Sabar sabar. Tinggal 2 pasang je lagi ni. Lepas tu kain dari India ada 2 pasang hiks.
Tudung saya #duckscarves Alphabet. Tu huruf M tu. Bila dah pakai tak nampak la hurufnya.
First time pakai ni. Punya bertabah saya tunggu nak pakai raya walhal beli lama dah.


: : Yaya tu kemain la lukis keningnya ha. Saya tak berkenan tapi tak sempat nak suruh dia lap buang : :


: : Ni dah kenapa pulak berkok kong bagai : :


Selamat Hari Raya semua!
Dari kami, Keluarga Puan Normah.
xoxo