Blog Maya Dot Com

Simple Life with Girlfriends

Ini pulak cerita 28 April 2017.
Dah plan nak lunch dengan My Girlfriends seminggu awal.
Tapi di hari kejadian Hasin mc, Naza pulak kena kerja waktu lunch.
Sob sob sob.
Tinggal la kami 4 ketul sahaja.

Saya drive pergi SPM.
Ada la lot parking kosong betul betul dekat entrance.
Tapi ada pulak kereta yang park melintang lalu.
So kena beberapa kali reverse ke depan reverse ke depan.
Bila dapat masuk parking je semua cam ‘Woooo hebatlah Maya’
Kah kah hebat la sangat walhal dalam hati cuak jangan laaa sangkut hehe.

Oleh sebab semua tak boleh decide, haa saya jugak la buat keputusannya.
Oleh sebab depa semua tak pernah makan lagi kat Simple Life ni, haa ayuhlah.
Saya rekemen je la mana yang saya rasa sedap, pastu depa pilih-pilih la.

Saya order tomyam bihun dengan Cendol.
Pastu masing-masing tertanya-tanya ada santan tak dalam ni.
Kalau ada santan dah tak healthy katanya.
Tak kisah lahh janji cendol ni sedappp.

Siap dah berjanji-jani nak pakai hijau tau.
What to do. Kita merancang, Allah SWT jua yang menentukan.

Kenyang memasing.
Alhamdulillah semua pun suka dan setuju kata sedap.
Kan kan kan.. So far orang yang saya bawak datang makan sini semua pun kata sedap dan boleh ditelan.

Seronok lepak dengan depa ni.
Ada yang terlebih info gossip, ada yang naive sangat tak tau apa yang terjadi di dunia ini.
Sapa yang tertinggal train tu memang kena bahan je la hehe.
Love u My Girlfriends muahss..