Blog Maya Dot Com

Ramadhan Part 1

Assalammualaikum semua.
Selamat berpuasa.
Dah Ramadhan ke 20 baru la nak cerita ceriti pasal bulan puasa tahun ni.
Yer la, kan nak bagi laluan pada cerita Jeju tu.
Lega dah habis.

Walaupun tak update kat blog, facebook dan instagram, tapi hari-hari saya update kat insta stories tau menu sahur dan berbuka.
Aktiviti bulan puasa pun saya update kat sinun.

: : Sahur nasi putih, sambal telur dengan ikan bilis goreng aje : :


: : Saya beli barang basah dari @seafoodelivery . RM100 ada ikan kembung, daging, siakap 2 ekor, ikan bawal, ayam setengah ekor, boneless chicken breast, udang dan sotong. Free sayur campur siap potong lagi. Ikan ayam semua tu dah siap siang dah. Penghantaran ke muka pintu : :


: : Berbuka hari pertama. Sambal sotong dan sayur kobis pecah telur : :

Malam tu saya balik Taiping naik ETS pukul 9.30 malam.
Cadang awalnya nak balik hari Jumaat petang.
Tapi tetengok tiket semua habis kau.
Yaya ni lambat buat keputusan. Kejap nak datang KL, kejap taknak.
Cuti sekolah kan.

Sampai Taiping pukul 1 pagi.
Esoknya sahur lauk di bawah.
Sedapnya makan cendawan kukur.

Pukul 11.20 pagi naik ETS balik semula ke KL dengan Yaya.
Dapat seat yang berdepan. Adehh.


: : Siapa yang kaki panjang, hazabb laa huhu : :

: : Information atas tu rosak barangkali. Dok kelip-kelip kat Tanjong Malim. Alih-alih dah sampai stesen Kuala Lumpur dah : :

Ni gambar-gambar menu sahur dan berbuka yang saya update kat insta stories.
Senang ada caption dah ha. Takyah sesusah saya nak menaip dah.


: : Sian anak kita lapar tengah malam. Biskut dengan Milo tu dapat dalam ETS tadi : :


: : Sebenarnya saya ada je hand blender. Boleh buat sambal belacan. Saja nak bagi Yaya cergas sikit buat kerja. Ni lembik je puasa : :


: : Eh apa hal yang ni takde caption pulak? Dah terdelete la kot.  Ikan kembung goreng, sayur campur tumis air dan sambal belacan. Tepung pelita beli kat Bazar Ramadhan Dato Senu : :

Syikin bagitau dia nak order @tauhuanora .
So saya pun tumpanglah selit order.
Dah lama jugak nak try tauhua nora ni tapi malas lah nak order sendiri-sendiri.
OK la not bad rasanya sedap juga.

Kambing kacang kuda tu saya ingatkan kacang pool.
Dah terbayang satu set dengan roti dan telur segala.
Sekali macam sup. Ciss mempermainkan perasaan sungguh.


: : Krim Karamel beli kat cafe office. Repeat 3, 4 kali sebab sedap angat-angat : :


: : Tak boleh accept langsung kailan ikan masin tu. Pahit payau tak sedap! : :


: : Sotong kangkung tu RM5. Takde la sedap pun huhu : :

Cukuplah dulu 1 entry ni setakat sahur 10 Ramadhan.
Dalam tempoh 10 hari ni 2 kali berbuka kat luar.
Nanti saya cerita. Plus shopping raya juga di Ramadhan ke 9.

Saya gigih masak ni bukan apa.
Sebab Yaya ada kat rumah kan.
Kesian pulak kalau asyik nak membeli je.
Tu yang gigih jugak bangun 4 pagi memasak.
Petang pulak macam biasa saya tukar fleksi, so 4.30 petang dah boleh balik dah.

Ada la jugak beli macam sayur taugeh dengan kailan ikan masin tu.
Tu pun kekdahnya nak singgah kedai tak boleh sebab hujan lebat belah petang.
Beli kat cafe. Tapi tak sedap. Sedih tau tak.
Yang krim karamel dengan kuih muih tu takpela kan nak membeli.
Ajer gila nak membuatnya.


: : Kucing ni kan, selalu ada dalam lif. Dalam tempoh 10 hari Ramadhan ni, 2 kali dah saya terserempak dalam lif huhu : :

    One thought on “Ramadhan Part 1