Blog Maya Dot Com

PJ & JKR

Memenuhi 2 jemputan kenduri kahwin pada 6 Mei 2017.
Jemputan pertama saya ke PJ dulu.
Adik Ita kahwin. Gi awal so orang tak ramai lagi.
Ada lauk tempoyak daun kayu. Dapppp!

Pengantin perempuan tak sampai lagi pun masa ni.
Yer la baru pukul 12 lebih kot.
So bergambar dengan kakak pengantin je lah.
Bagusnya la haih Ita ni, adik kahwin pun jemput kawan-kawan.
Saya ni nasib la adik sorang je, dah kahwin pulak tu hehe..

Lepas tu singgah ke Dewan kat JKR, area B** ni gak.
Attend kenduri kahwin anak kepada abang Mazme.


: : Konsep pepohonan dan rimba kekdahnya. Serba hijau : :

Masa saya sampai pengantin tengah bersanding di pelaminan.
Tapi tidaklah saya pergi ke depan sebab yer lah, segan.
Datang atas jemputan ibu bapa pengantin perempuan, so kita jumpa depa je lah.

Abang Mazme ni officemate masa saya kat JSP dengan MyClear.
Antara orang terawal saya kenal kat B** ni lah.
Kitorang sama-sama keluar dari MyClear, beliau pergi JKW dan saya ke RSA.
Tapi selalu jugak la bertembung bertegur sapa kadang kat cafe, kadang kat surau.
Ni pun antara manusia paling baik saya pernah kenal.
Rasanya orang yang nama ia belakang ada Mi, Mie, Me semua pun baik-baik kot?
Eh macam terpuji suami sendiri pulak hehe.

Btw, saya pakai handbag baru tu.
Baby/Mini Basta by Sometimes.
Saya let go 3 beg Sometime saya.
Niko Niko, Piko Piko dengan Basta Regular.
Pi beli Baby Basta dengan Maxi Basta.
Bertabah je la bawak beg kecik kan, tak boleh nak sumbat semua.
Nak feeling feeling gi dinner or wedding macam ni ok la.
Kot nak jalan jauh, tok sey ler teman nak bawak beg kecik ceni.